HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2021

Putra mahu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dedah keputusan mesyuarat

MGF22102020_PERASMIAN-TABUNG-PUTRA_13
Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) minta kerajaan mendedahkan kepada umum terma dan rujukan pelantikan 19 ahli dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, rakyat perlu diberitahu secara terperinci berapa kali mesyuarat telah diadakan sejak jawatankuasa itu ditubuhkan sebaik sahaja darurat diisytiharkan.

Selain itu, katanya, apakah keputusan yang dibuat itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong setiap kali mesyuarat selesai?

“Pengerusi jawatankuasa ini, Tun Ariffin Zakaria yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara bersama dua wakil dari jawatankuasa berkenaan wajar diberi masa mengadap sebagaimana Perdana Menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong setiap minggu.

“Mungkin mesyuarat jawatankuasa ini sekali sebulan, maka Tun Ariffin wajar Tuanku sebulan sekali bagi memberi taklimat dan keputusan.

“Bukan sahaja keputusan dibuat secara bertulis, tetapi juga diberi ruang untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong agar baginda tidak menerima laporan dari pihak kedua atau lain-lain pihak,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Ibrahim, rakyat tidak tahu apakah “threshold” atau beberapa kriteria yang ditetapkan untuk penamatan darurat yang katakan sudah dibuat oleh jawatankuasa ini, rakyat perlu tahu.

Beliau berkata, jawatankuasa itu wajib bermesyuarat sebulan sekali atau lebih, selain bersikap telus kerana parti Putra difahamkan setiap anggotanya yang berjumlah 19 orang dibayar elaun tetap bulanan RM5,000 dan RM700 setiap kali mesyuarat.

“Jawatankuasa ini terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen yang sudah menerima elaun dan gaji bulanan walahpun Parlimen tidak bersidang.

“Manakala kos gaji dan elaun Menteri termasuk Timbalan Menteri, yang saiznya terbesar dalam dunia, walaupun rakyat hanya 32 juta termasuk kanak-kanak.

“Maka, rakyat berhak tahu keberkesanan dan peranan Jawatankuada Khas Bebas Darurat ini agar segala elaun yang dibayar tidak membazir begitu sahaja,” katanya.

Katanya, jika dilantik di kalangan tokoh pelbagai NGO, mungkin tidak perlu dibayar apa-apa, kecuali elaun hadir mesyuarat sahaja.

Ramai di kalangan tokoh berintegriti dan berpengalaman dari bekas pegawai tinggi tentera, polis, penjawat awam, tokoh akedemik yang sepatutnya berada dalam jawatankuasa itu.

“Kita hendak melihat ada atau tidak anggota jawatankukasa ini sanggup menolak elaun tetap bulanan untuk menjimatkan wang negara dan hanya menerima elaun hadir mesyuarat sahaja.

“Putra mencadangkan Tun Ariffin memanggil sidang media selepas mesyuarat dan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong dan melantik jurucakap rasmi bagi membolehkan pihak media mengetahui perkembangan semasa pemantauan dan cadangan dari jawatankuasa ini.

“Kita mahu dan berharap jawatan khas ini bebas berurusan secara langsung dengan pihak Istana Negara, tanpa ada birokrasi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: