PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali, menurut Ketua Polis Terengganu Roslee Chik.
Katanya, siasatan terhadap Khairuddin, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, dikendalikan oleh ibu pejabat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
“Polis sedang melakukan siasatan dan kes diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” beliau dilaporkan The Malaysian Insight sebagai berkata, tanpa mengulas lanjut butiran kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan