HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Semenjak bermulanya gencatan senjata antara Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza dan rejim zionis Israel yang menjajah Palestin, semakin banyak sokongan yang diperolehi oleh Palestin dan rakyatnya daripada seluruh warga dunia.
Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dunia barat yang sebelum ini memandang sepi isu Palestin, kekejaman dan penjajahan rejim zionis Israel telah mula sedar dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.
“Semakin hari semakin ramai yang menyatakan sokongan secara terbuka dan menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku di Semenanjung Gaza baru-baru ini,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.
Menurutnya, terbaharu, solidariti terhadap rakyat Palestin di Newcastle, Manchester, Swindon, High Wycombe, Oxfordshire dan Slough di UK, Santa Cruz di Bolivia, Cape Town dan Durban di Afrika Selatan, Calgary dan Toronto di Kanada, Lausanne di Switzerland, Waterford di Ireland, Le Mans di Perancis, Novi Pazar di Serbia, Perth di Australia, Michigan, San Diego, California di Amerika Syarikat, Mogadishu di Somalia, Barcelona dan Malaga di Sepanyol, Pristina di Kosovo, Belfast, Fermanagh dan Dungannon di Ireland Utara, Kombasa di Kenya, Sarajevo di Bosnia Herzegovina, Amsterdam di Belanda, Bratislava di Slovakia, Estonia, Brazil, Mauritius, Greece, Italy, Barbados dan Slovenia.
“Semoga Palestin dan rakyatnya akan mencapai kemenangan mutlak tidak lama lagi,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan