AGENDA DAILY
Iswardy Morni dalam siaran langsung di Youtube bangga dapat menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
PKR enggan tampil membela seorang penyokong tegar Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan polis semalam susulan tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni tersebut tidak mewakili pendirian parti dan video tular tersebut sememangnya diketahui pimpinan PKR.
“Kenyataan-kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan.
Fahmi juga berkata parti hanya mengambil tindakan terhadap Iswardy selepas siasatan polis lengkap berhubung isu tersebut.
“Oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan polis, PKR akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau,” katanya.
Iswardy Morni biadab dan menderhaka terhadap Agong dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam program secara langsung di Youtubenya.
Ahli PKR berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak itu secara sinis dengan berniat jahat menyindir Raja Permaisuri dan mendakwa Sultan Abdullah tidak mengambil sebarang tindakan ketika krisis pandemik Covid-19 kerana mahu melihat rakyatnya meninggal dunia.
Lebih melampau, Iswardy sambil tersenyum sinis dan seolah-olah bangga dapat mengkritik Tuanku dihadapan 6,0000 penonton yang didakwa bersamanya dalam siaran langsung tersebut.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.
Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan