HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 Mei 2021

Tajuddin datang IPD Dang Wangi, bantu siasatan dakwaan langgar SOP

Nizam Zain
IMG_20210527_164547-e1622107669899
Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Rakaman percakapan itu bagi membantu siasatan polis berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dalam sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Selasa lalu.

Terdahulu Tajuddin kelihatan menaiki kereta jenis Mercedes berwarna perak memasuki pekarangan IPD Dang Wangi kira-kira jam 4.45 petang tadi.

Beliau yang berpakaian kemeja lengan panjang berwarna coklat serta memakai topi memasuki lobi IPD Dang Wangi dengan diiringi pembantu peribadinya.

Terdahulu, Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali turut hadir memberi keterangan hampir sejam dan beredar dari pejabat polis itu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

IMG_20210527_163040
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana,
Azhar Ghazali turut hadir memberi keterangan di IPD Dang 
Wangi hari ini.

Pada Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan Tajuddin serta beberapa individu lain daripada pihak Prasarana untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Akta 342 dan rakaman percakapan dilakukan bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya, sama ada dikenakan kompaun atau dituduh di Mahkamah. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: