PAS Perak bersyukur atas kebijaksanaan KDYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
menangani kemelut politik dan krisis penularan wabak COVID-19 yang
semakin menyesakkan dada rakyat Malaysia pada hari ini.
Namun
begitu, kebijaksanaan Baginda Tuanku ini telah dicabar oleh salah
seorang individu yang biadab apabila beliau menggunakan bahasa kasar
terhadap Baginda Tuanku sambil mendakwa Baginda Tuanku tidak melakukan
sebarang tindakan bagi menangani pandemik COVID-19 yang sedang melanda
negara kini.
PAS Perak mengecam sekeras-kerasnya perbuatan individu tersebut sambil menyifatkan tindakan beliau itu sebagai satu tingkah laku penderhakaan menentang Raja-raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong melalui kata-kata beliau sendiri di dalam satu rakaman video yang kini tular di laman sosial.
PAS Perak mengharapkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan hukuman yang amat keras bukan sahaja ke atas individu yang melakukan kesalahan berkenaan bahkan dalang di sebalik tabir yang menyokong perbuatan biadab tersebut juga wajib diambil tindakan.
Semoga perkara ini menjadi satu pengajaran yang berguna kepada semua pihak agar ia dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan negara Malaysia yang berdaulat amnya serta rakyat Malaysia yang dinaungi khususnya.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
YB HAJI RAZMAN ZAKARIAPesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan