AGENDA DAILY
Meskipun negara masih berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 yang saban hari menunjukkan angka yang menakutkan, pemimpin blok pembangkang seolah-olah kebal dengan pandemik itu malah mendesak Parlimen agar segera dibuka.
Menerusi satu kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dikeluarkan hari ini, mereka mempamerkan sikap tanpa segan silu untuk bermain politik malah menuduh secara semberono apa yang berlaku ketika ini disebabkan kegagalan kerajaan.
Menurut mereka, Parlimen perlu segera dibuka bagi membetulkan segala kecelaruan yang berlaku ketika ini walaupun realitinya saban hari pemimpin PH berpolitik dan meghasut rakyat supaya melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Kes harian Covid-19 yang melonjak sejak Darurat diisytiharkan dan Parlimen ditutup jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani Covid-19 dengan sendirinya.
“Justeru Majlis Presiden menggesa semua Ahli Parlimen untuk bersama menuntut agar Parlimen dibuka semula,” kata kenyataan tersebut.
Majlis Presiden PH diangotai oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Malaysia ketika ini sedang melalui tempoh Darurat selepas Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menggunakan kuasa Baginda berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk menguatkuasakan perintah tersebut.
Baginda yakin bahawa Darurat ini merupakan langkah paling berkesan buat masa ini bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang kini mencecah angka yang sangat membimbangkan dalam negara.
Tempoh Darurat ini berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021 atau satu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid- 19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Bagaimanapun, sepanjang tempoh tersebut juga pemimpin pembangkang mendesak supaya Darurat dibatalkan, malah sanggup berhimpun depan Istana Negara semata-mata untuk mendesak Agong mendengar cakap mereka.
Dalam pada itu, Majlis Presiden turut menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk mempercepat kelulusan vaksin-vaksin Sinopharm, Sputnik V dan Moderna agar sasaran imunisasi kelompok dapat dicapai dengan lebih pantas.
“Ini memandangkan vaksin Sinopharm telah menerima kelulusan WHO, dan Sputnik V serta Moderna telah mula diguna di pelbagai negara,” jelas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan