HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 Mei 2021

Ahli politik disaran bantu pendaftaran vaksinasi

Muhammad Azizul Osman
MGF03122020_PENERAJU-10
Mohd Muzzammil Ismail

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik digesa untuk meninggalkan aktiviti politik dan membantu kerajaan dalam mengoptimumkan pendaftaran vaksin Covid-19 is negara ini.

Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Muzzammil Ismail berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli politik di negara ini memainkan peranan masing-masing setelah sidang Dewan Rakyat dibekukan buat masa ini.

“Lupakan kerja politik buat masa sekarang, tumpu kepada kempen vaksinasi.

“Masih ramai lagi orang yang mengelak untuk mendaftar vaksin dan ini mungkin disebabkan masih kurang promosi diperingkat lokaliti terutama kepada warga emas.

“Ada yang tidak hadir walaupun telah mendapat temujanji mungkin disebabkan masalah logistik pengangkutan.

”Disebabkan itu wakil setempat seperti Penghulu, Ketua Kampung, JKKK, Jawatankuasa Penduduk, Masjid, Rumah Ibadat, NGO dan Kepimpinan Parti Politik perlu bergerak bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin jumlah pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin adalah pada paras 10,850,160 peserta.

Katanya, seramai 1,578,225 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 dan 905,271 orang telah menerima doa kedua mereka.

Mengulas lanjut, Muzzammil berkata, jentera parti-parti politik seharusnya dikerahkan untuk memberikan penerangan khusus mengenai keperluan vaksin kepada masyarakat.

“Usaha memujuk orang awam terutama kumpulan berisiko tinggi dan kurang akses informasi seperti di kawasan kampung pedalaman untuk mendapat vaksin perlu dilakukan segera. Menerangkan hal sebenar sebelum terpengaruh dengan anti-vaksin.

“Jentera parti boleh beri bantuan sokongan dari sudut membantu mereka yang perlu bantuan logistik berdasarkan maklumat daripada KKM dan Sekretariat PICK,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: