HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mei 2021

Tak bela Iswardy: Semua pemimpin PKR kena f**k dengan bekas Setpol

AGENDA DAILY

Bekas Senator Saiful Izham Ramli.

Pemimpin PKR dilihat bertelagah sesama sendiri susulan pendirian parti itu yang mengambil pendekatan menjauhi Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni setelah ditahan gara-gara mengeluarkan kenyatan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Setiausaha Politik (Setpol) kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Saiful Izham Ramli yang tampil membela Iswardy menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil itu sebagai ‘pendirian yang bodoh’.

Kenyataan Saiful Izham yang sempat dirakam sebelum dibuang dalam Facebooknya.

Fahmi sebelum ini menyatakan, kenyataan Iswardy tidak mewakili parti dan PKR tidak teragak-agak untuk ‘menendang’ Iswardy susulan tindakannya itu.

Tidak dapat membendung kemarahannya, Saiful Izham juga menyelar Fahmi dengan bidasan ‘Fuck you Fahmi’.

Katanya, meskipun cara Iswardy itu salah atau isu-isu yang dibangkitkannya itu sebenarnya adalah realiti yang dihadapi oleh rakyat bawahan.

“Kepada pemimpin di kayangan yang menyokong kenyataan Fahmi itu bodoh, fuck kepada anda juga,” bidasnya menerusi perkongsian di Facebooknya. Bagaimanpun tidak lama kemudian dia memadam hantaran itu.

Agenda Daily sempat mengambil tangkap layar hantaran Facebook berkenaan.

Saiful Izham yang juga bekas Senator PKR mengingatkan pemimpin atasan PKR bahawa pemimpin kecil seperti Iswardy lah yang banyak membantu menaikkan parti dalam kalangan rakyat.

“Selama 22 tahun PKR tidak pernah meninggalkan aktivisnya terutama mereka yang terus menerus membawa perjuangan dan mesej kepada orang awam, sementara anda daripada pemimpin kayangan menikmati keuntungan dan makin lupa diri.

“Sementara (pemimpin kayangan) dikelilingi oleh pengampu, pembodek, dan penjaja fitnah aktivis kecil inilah yang terus membawa harapan kepada parti,”tegasnya.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan, PKR enggan tampil membela Iswardy yang juga merupakan seorang penyokong tegar Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditahan polis semalam.

Sebaliknya, Fahmi menyifatkan kenyataan, Iswardy sebagai tidak mewakili pendirian parti dan video tular tersebut sememangnya diketahui pimpinan PKR.

Iswardy didapati biadab dan menderhaka terhadap Agong dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam program secara langsung di Youtubenya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tiga kertas siasatan dibuka berikutan laporan dibuat berhubung video berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia dilaporkan sudah ditahan.

Tiada ulasan: