HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Mei 2021

Jualan kurta Syed Saddiq telah mencecah RM100,000

Oleh Media Mulia

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed abdul Rahman tidak menyangka jualan kurtanya untuk raih dana bagi Parlimen Muar mendapat sambutan.
 
Dalam hantaran di facebook, beliau berkata, jualan itu telah mencecah RM100,000.
 
“Saya memang tak sangka idea unutk raih dana Parlimen Muar kali ini mendapat sambutan yang sangat baik.
 
“Ini kali pertama saya menjual baju raya dan memberi peluang kepada semua untuk menyumbang.
“Hasil keuntungan dari bahagian saya akan digunakan sepenuhnya untuk Muar,” katanya..
 
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Shopee kerana telah membantu sediakan platform jualan.
 
“Apabila Shopee jemput saya ke Shopee Live pada 5.5, memang jumlah jualan meningkat dua hingga tiga kali ganda,” katanya.
 
Syed Saddiq juga memberi jaminan bahawa semua pesana akan dipastikan sampai sebelum hari raya.
Katanya, rakan penghantaran telah beri komitmen untuk penghantaran sampai sebelum raya. – UTUSAN

Tiada ulasan: