HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Mei 2021

Sehari pun cukup sidang Parlimen bincang isu Palestin – Ahmad Maslan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF29102019_SIDANG-PARLIMEN_03
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan supaya mengadakan sidang khas Parlimen mengenai Palestin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sehari pun sudah mencukupi seperti yang pernah diadakan.

Menurut beliau, isu Palestin adalah isu sejagat yang mengatasi politik kepartian.

Katanya, apa juga resolusi yang diputuskan akan disokong oleh semua termasuk pembangkang.

Beliau yakin jika sidang itu akan diluluskan sebulat suara tanpa perlu ada undi belah bahagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: