HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Mei 2021

Semakin parah ultra kiasu main sentimen…

HARAKAH DAILY

MUTAKHIR ini semakin nampak biadab dan melampau kelompok ultra kiasu ini.

Sejak Pakatan Harapan (PH) tumbang tahun lalu, mereka tidak senang duduk dengan keadaan pemerintah yang mungkin tidak lagi dungu seperti PH yang hanya mengikut kehendak ultra kiasu.

Hari ini pelbagai provokasi cuba dicetuskan, dari pukul pengawal peribadi kerana berpuasa, iklan judi raya GDBET333  kemudian seorang Ahli Parlimen DAP yang selama ini amat berat persepsinya kepada Islam dan Melayu tiba-tiba menggunakan platform zakat untuk mengambil mileage politik dalam kalangan pengundi Melayu, dan kemudiannya beberapa ucapan pihak ultra kiasu yang dilihat langsung tidak memahami soal Perlembagaan Persekutuan juga kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama sejak sekian lama.

Kritikan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membela hujah ultra kiasu seterusnya memberi tekanan  kepada ahli akademik seperti Dr Kamarul Yusof, Pensyarah Universiti Utara Malaysia hingga mahu Penganalisis Politik itu dikenakan tindakan oleh pihak universiti menampakkan trend pemikiran PH yang amat membela kelompok ultra kiasu.

Harus diingatkan kepada rakyat bahawa kelompok ini pernah menggoncang kesabaran umat Islam ketika mereka menerajui kerajaan hinggakan soal hak Ibadah umat Islam, ehwal syariah, soal hukum hakam juga mahu mereka usik hingga menyentap nadi kesabaran umat ketika itu.

Hari ini apabila mereka meratib jalan kuasa hingga institusi Beraja pun mereka tidak hormat selepas mereka cuba merendah-rendahkan institusi ini semasa mereka memerintah.

Lihat sahaja isu bantuan motorsikal oleh seorang Ahli Parlimen DAP kepada seorang anak muda yang mana ianya tiba-tiba meletup dan diviralkan merata Malaya hinggakan bantuan itu menutup kebajikan yang orang lain buat, malah dimainkan netizen dengan nada menjerkah kerajaan kononnya kerajaan langsung tidak membantu.

Malah yang menjadi sasaran adalah wakil rakyat Melayu (tentunya wakil rakyat kerajaan khasnya PAS) dengan nada netizen yang mencela Dan menghina pihak wakil rakyat lain kononnya seolah-olah hanya MP DAP itu sahajalah yang membantu anak muda dengan sedemikian rupa.

Walhal sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Awang Hashim (foto atas) dan ramai lagi wakil rakyat Melayu yang membantu ramai pemandu P-Hailing dan anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan dengan bantuan motosikal atau peralatan yang diperlukan, namun ia tidak diviralkan dan dipropagandakan.

Kenapa dalam kes MP DAP yang seorang ini amat-amat diviralkan kalau bukan mahu memberi persepsi salah kepada ramai lagi wakil rakyat lain kononnya mereka tidak membantu.

Adapun wakil rakyat lain dalam DAP sendiri pun marah akan seorang wakil rakyat ini yang nampaknya umpama ada agenda lain dalam memperlihatkan bantuan.

Pertikaian mengenai dakwaan keterlibatan pihak terbabit dengan masionari kristian seperti yang didedah Dr Kamarul Yusof Pensyarah Universiti Utara Malaysia adalah isu besar yang harus dilihat dengan mata’ halus dan kaji selidik.

Benar bantuan itu tidak salah, namun kecurigaan masyarakat ke atas motif dan kaedah propaganda oleh sang netizen khasnya hingga mencerca pihak lain harus dipandang serius kerana ia boleh sahaja satu ‘lakonan’ untuk mengusik sentimen rakyat yang hari ini mudah terperangkap dengan mainan emosi dalam media sosial.

Penulis bersetuju dengan pandangan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah agar umat Islam khasnya bani Melayu berhati-hati dengan propaganda yang sedang dimainkan musuh Islam khasnya ultra kiasu.

“Jangan mudah cair dengan bantuan ‘motosikal dan sewa rumah’ ultra kiasu.

Sebab itu, janganlah terlalu tularkan bantuan yang diberikan kepada seorang dua yang boleh dijadikan ‘gambar’ istimewa bagi menunjukkan seolah-olah kamu adalah malaikat, seolah-olah wakil rakyat lain tak buat kerja,” kata Dr Ridhuan Tee. 

Beliau ada menyebut bahawa beliau melihat dengan mata kepala sendiri, ada sahaja wakil rakyat dan orang perseorangan yang tampil bantu orang, tetapi tidak ditularkan sedemikian rupa. Mereka buat kerja, biar Tuhan sahaja tahu.

Kebelakangan ini katanya, kerap sangat wakil rakyat ultra kiasu, sama ada ADUN atau ahli parlimen ultra kiasu. sibuk dengan kumpulan medianya ke sana ke  mari untuk mencari sesiapa yang ingin dibantunya, kemudian tularkan, bagi mendapat publisiti murahan dan paling mencairkan hati orang Melayu, agar mereka lembut dengan parti ultra kiasu ini, seterusnya memuji melambung wakil rakyat ultra kiasu ini. 

Hal ini kata Dr Ridhuan Tee, termasuk ke surau dan ke masjid, dengan berbaju kurung, ketika bulan Ramadan penuh bakarah ini. Ultra kiasu pun tahu erti barakah. 

“Tidak dinafikan kerja mambantu mereka yang memerlukan  ini memang baik. Tetapi biarlah ikhlas. Jangan ada agenda lain,” katanya dalam satu tulisan baru-baru ini.

Paling dibimbangi kata Dr Ridhuan Tee, wakil ini ada funder masing-masing di belakangnya, begitu juga funder daripada misionari Kristian, dengan agenda Kristianisasi melalui wakil-wakil rakyat mereka.

Tidak juga mustahil tauke-tauke judi, kelab malam, tauke dadah, turut membantu, katanya.

Funder-funder inilah yang memberikan sejumlah yang banyak kepada wakil rakyat bagi membantu wakil rakyat tersebut

“Tetapi ingat, semua itu bukan percuma, funder-funder sedang menunggu, projek-projek atau kemudahan bisnes mereka. Paling tidak pun, surat sokongan. Semua itu bukan percuma. Sebab itu, jangan mudah terpesona terpedaya,” tegasnya.

Peringatan ini penting kerana 22 bulan semasa PH memerintah wajah ultra kiasu makin bongkak hingga kelihatan jelas mereka anti Islam dan Melayu.

Usah biar pengalaman ngeri ini kembali berlaku, biarlah ia menjadi sejarah. Kalau ultra kiasu ini dibiar menguasai kembali maka, mudharat besar akan terpaksa kita hadapi. Ingat dan ingat…HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: