HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Mei 2021

Situasi di MAEPS : Kenapa lapor yang negatif, banyak lagi positif?

Salam, soalan saya, kenapa perlu laporkan hal negatif, sedangkan banyak yang positif tidak dilaporkan dalam pusat Kuarantin. Soalan saya, apakah tidak ada satu kebaikan pun yang terdapat di pusat kuarantin MAEPS ini sehingga anda melihat semua itu bala dan negatif. Kemonnn lahhh. Aaauukkkk betullahh !

“U kalau masuk pusat kurantin, otak u dah set untuk terima negatif, u akan terus mengkritik. Tapi kalau u tau, Covid ini satu penyakit, u akan rasa ada perlunya u masuk dan kuarantin di MAEPS atau u rasa cukup sihat untuk kuarantin di rumah, tidur atas katil empuk, tengok TV, mandi dalam bilik air dalam bilik, u kena tabahlah,” Ainol cakap.

Hallooo, saya pun penulis, tapi saya memilih untuk menulis yang positif supaya tak ada unsur menakutkan khalayak terhadap penempatan pesakit di pusat kuarantin ini. Saya tidak memilih untuk menulis negatif kerana saya melihat tidak ada faedah melainkan menimbulkan kemarahan khalayak terhadap pengurusan pesakit Covid-19.

Percayalah ada yang akan kata .. apa hal kayangan boleh buat itu ini, marhain kena ikut. Double standard lah. Mai masuk sini…

Sebab itu kalau anda ada rasa kejam dan tidak kasihan dengan segala usaha frontliner, anda akan mengkritik walaupun sampah plastik yang ada di katil anda, dianggap sebagai menjijikkan dan perlu disapu segera oleh frontliner (makcik atau pakcik cleaner). Kotor ? tapi anda tidak pernah memikirkan kenapa aku tidak ambil penyapu dan bantu bersihkan.

Sebab apa, kita merasa … yang indah belaka. Ini kerana kita gagal dalam PENGURUSAN KRISIS KEPERIBADIAN. Kita selama ini didorong “senang hidup”, tetapi ujian yang dihadapi ini dianggap tekanan dan menyusahkan hidup.

Saya ada sahabat namanya Ben, seorang lelaki Cina bersama saya, menjadi sukarelawan dalam Hall C ini. Eh, kami bersatu bersama beberapa yang lain membantu petugas frontliner.

Bukan hal perubatan tetapi kebersihan, khidmat menunjuk arah pesakit ke katil, membersihkan katil sebelum menerima kemasukan pesakit baru.

Saya puas, kerana saya melihat suasana sehari sebelum Aidilfitri, hari raya Aidilfitri, solat Jumaat di sini (teringat suasana di Mekah dan Madinah..bilalah dapat ke sana lagi, semoga dipermudahkan).

Di pusat kuarantin ini kami melihat suasana cemas dan kepantasan petugas memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit. Saya dan Ben, pernah menolak troli yang menempatkan cadar, selimut dan sarung bantal, pernah rasa dimarah pesakit … ya kerana mereka stress sedangkan saya mahu memberikan makanan sebaik mereka mendaftar masuk jam 12.30 tengah malam.

Saya kan pesakit juga … heh heh heh. Saya dan Ben pernah memegang penyapu dan menyapu sekitar kawasan dalam dewan ini. Ben tetap tersenyum … saya ok. Saya dan Ben tidak mendaftar sebagai sukarelawan rasmi (dapat sijil) kerana bagi kami, berkhidmat itu sesuatu yang perlu dan tidak menunggu mendaftar baru berkhidmat.

Sehari dua lagi, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Sebelum saya dan Ben, ada beberapa lagi insan yang menghulurkan khidmat. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Jadi, janganlah ada agenda melihat negatif sebagai keutamaan info.

Saya ada di MAEPS

Tiada keperluan untuk saya menulis hal yang boleh membangkitkan kebencian. Saya masih melihat kesungguhan frontliner membantu pesakit. Sehingga jam 2.30 pagi tadi, jururawat dan doktor masih menerima pendaftaran masuk pesakit. Kumpulan akhir awal pagi tadi itu seramai 11 orang.

Jadi, mencari orang seperti Ben yang sama-sama dirawat sebagai pesakit Covid-19 tidak ramai. Ben pernah menjalani rawatan jantung. Dia memilih untuk berbakti dan simpati. Dia membantu tanpa diarah.

Jadi kenapa anda di MAEPS atau di luar merungut ? Kan semuanya boleh bawa bincang. Cakap elok2, perlahankan nada, jangan marah-marah.

Kalau pembesar suara kuat sekalipun untuk sampaikan informasi ketika anda hendak tidur atau sudah sampai ke pantai Baywatch sekali pun, insaflah ia bukan untuk merimaskan anda. Ada pesakit lain memerlukan info. Saya dan Ben tidur lampu terang benderang, rakan-rakan ketawa dan berbual. Bendengkur macam biasa aje.

Tak apa lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Hari ini rambut lain-lain warna, hati lagilah lain-lain.

Saya dan Ben bersama rakan yang berikan khidmat sudah menyatakan terima kasih cara kami kepada frontliner. Anda ?

*Ainol Amriz Ismail masih dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS

Tiada ulasan: