Nasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi
PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri, dengan taraf menteri.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak, akan menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas pelantikan ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan