HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Ogos 2021

Anwar salahkan J-Kom selepas laporan berita palsu Malaysiakini


Laporan berita palsu yang dimuat naik Malaysiakini sebelum dan selepas disunting.

Selepas malu dengan laporan berita palsu Malaysiakini yang mendakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan perkara tersebut didalangi oleh J-Kom, sebuah agensi penyampaian maklumat kerajaan.

Untuk rekod, Malaysiakini sebuah portal mesra Anwar yang terawal mendedahkan semalam kononnya Anwar sudah diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini melaporkan beberapa sumber PKR mendakwa Istana Negara sudah memberikan perkenan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk menghadap pada jam 2.30 petang.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, pertemuan akan berlangsung di Istana Abdul Aziz di Kuantan, Pahang.

Dakwaan ‘pertemuan’ Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong itu muncul tatkala blok pembangkang dan beberapa pemimpin UMNO yang bersekutu sedang berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun beberapa jam selepas berita itu tular, pihak Istana Negara menafikan akan ada pertemuan antara Anwar dan Yang di-Pertuan Agong

Hanya setelah penafian oleh Istana Negara baharulah Anwar pula mengeluarkan kenyataan menafikan berkaitan pertemuan itu.

Sebaliknya dalam kenyataan semasa sidang media maya, Anwar menuduh laporan berita berkenaan palsu dan adalah permainan kotor yang didalangi J-Kom.

“Semua yang menyokong mereka adalah J-Kom. Masa inilah nak fitnah, masa ini lah nak timbulkan keresahan dan berita palsu pun tersebar. Hari ni katanya Anwar menghadap Yang d-Pertuan Agong.

“Saya nak nasihatkan kepada media kalau nak lapor biar tanya pada sumber yang sahih,” katanya.

Anwar berkata jika beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong maka kenyataan kepada media akan datang dari pejabat beliau sendiri atau pejabat ketua pembangkang.

“Kalau saya menghadap Yang di-Pertuan Agong, itu kenyataan mesti dari pejabat saya atau Pejabat Ketua Pembangkang. Takkan lah melalui sumber. Sumber-sumber yang boleh dipercayai… sumber yang dekat dengan PKR.

“Ini tak boleh, jangan kita terperangkap dengan mainan kotor Perikatan Nasional dengan anak-anak J-Kom, yang saya nak nasihat kedudukan mereka tak lama. Jadi jangan terlalu takbur, jangan terlalu sombong, istifar dan lakukan yang sebaiknya… Jangan fitnah dan mengelirukan,” katanya.

Sebelum ini, Anwar juga bermain kotor apabila menggunakan pengaruh sahabat karibnya, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik sokongan Ahli Parlimen UMNO menandatangani akuan bersumpah (SD) supaya menyokongnya.

Antara yang mengakui menandatangani SD itu ialah Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris yang tampil membuat pengakuan terbuka.

Tiada ulasan: