HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Ogos 2021

Ketua Pemuda AMANAH kritikal, ditidurkan akibat Covid-19

AGENDA DAILY

Ketua Pemuda Parti AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Jangkitan Covid-19 yang menjangkiti Ketua Pemuda Parti AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin semakin kritikal dan kini terpaksa ditidurkan.

Menurut laporan, keadaan Shazni Munir yang semakin kritikal dikongsi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi Twitternya yang turut memberitahu Shazni Munir mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima.

Akmal Nasrullah turut mendoakan Shazni Munir dan berharap semua orang ramai turut sama-sama memohon kesembuhan beliau.

“Ya Allah, Kau lindungilah beliau, berikan kesembuhan kepada beliau, berikan kekuatan kepada beliau. Mohon sama-sama doakan,” ciapnya dalam Twitter.

Sebelum ini, Setiausaha Pemuda AMANAH, Asim Abdullah Ainullotfi pada 24 Julai lalu memberitahu Shazni Munir dijangkiti Covid-19 tahap empat.

Pihaknya juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif Covid-19.

Semoga dipelihara dan diberikan kesembuhan segera buat Shazni Munir.

Tiada ulasan: