HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Ogos 2021

Bersatu dakwa kerajaan Ismail Sabri adalah kerajaan PN

Oleh ASLINDA NASIR
AHMAD FAIZAL AZUMU

KUALA LUMPUR: Pentadbiran kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berada di bawah Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, majoriti ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri adalah daripada gabungan PN manakala Barisan Nasional (BN)  41 orang.

“Pada kami ini kerajaan PN, kawan sebelah (BN) ada 41, kami percaya kami mewakili kerajaan PN,,”katanya selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan sama ada nama kerajaan sekarang masih PN atau menggunakan nama baharu.

Seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, terdiri daripada parti PN (54 orang), BN (41 orang), GPS (18 orang) dan PBS (seorang).

Semalam, pemimpin UMNO menegaskan kerajaan hari ini bukan kerajaan PN tetapi kerajaan Malaysia yang dibentuk daripada PN, BN, PN, GPS dan PBS .

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, soal nama kerajaan baharu bukan isu besar, sebaliknya kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS adalah fokus bagi memperkasa pentadbiran hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: