Oleh SHAHRUL DIN
KUALA KRAU:
Kebersamaan antara pimpinan Muafakat Nasional (MN) dalam beberapa
aktiviti penyampaian sumbangan kepada kelompok cukup untuk menggambarkan
keutuhan semangatnya di negeri ini.
Apatah lagi kebersamaan itu
wujud dalam waktu yang saling memerlukan, terutamanya semasa musim
pandemik Covid-19 di negeri Pahang.
Antaranya adalah melalui
program penyampaian sumbangan ayam segar, sayur-sayuran dan telur ayam
kepada 755 buah keluarga di Felda Jengka 18, di sini, semalam.
Menurut Pengurus Felda Jengka 18, Haslin Abdullah, beliau menngucapkan jutaan terima kasih di atas sumbagan tersebut.
Katanya, beliau turut berharap hubungan dan jalinan permuafakatan MN di Pahang terus diperkukuhkan dengan kesatuan dan kerjasama.
“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato’ Haji Nazri Ngah dan YB Ustaz Shahril Azman yang prihatin terhadap penduduk yang terjejas dan dikenakan PKPD akibat pandemik Covid-19.
“Semoga hubungan yang terjalin terus diperkukuhkan dengan bekerjasama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya.
Program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan Dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Nazri Ngah bersama Ahli Dewan Negeri Jengka, Ustaz Shahril Azman.
Turut serta ialah Pengarah Felda Wilayah, Termizi Lee yang prihatin kepada para penduduk Felda yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Hadir bersama mengagihkan barangan tersebut ialah Ketua PAS dan Ketua UMNO Cawangan Jengka 18 dan Pengerusi JKKR, menunjukan kemantapan muafakat antara dua parti tersebut. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan