Afiezy Azaman
Menurut
penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan
Pandian, polemik politik yang berlaku Ketika krisis COVID-19 akan
mempengaruhi gelagat pola pengundian dalam kalangan rakyat pada Pilihan
Raya Umum (PRU) akan datang.
KUALA LUMPUR:
Polemik politik yang berlaku ketika krisis COVID-19 akan mempengaruhi
gelagat pola pengundian dalam kalangan rakyat pada Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang.
Menurut penganalisis
politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian,
pemimpin politik tidak seharusnya selesa dengan keputusan dibuat mereka
ketika ini kerana kesan jangka panjangnya kepada orang ramai akan
diterjemahkan pada kertas undi.
“Rakyat
akan melihat apa yang berlaku sepanjang 2018 sehingga hari ini, malahan
saya melihat ramai sudah tidak terikat atau memberikan kesetiaan kepada
parti atau personaliti politik tetapi lebih kepada isu sekeliling
mereka.
“Kemungkinan kita akan melihat
tidak lagi wujud persoalan parti-parti politik gergasi mendominasi
sebaliknya rakyat tertumpu kepada isu-isu semasa untuk pergi mengundi.
“Apa
yang telah rakyat lalui sepanjang era COVID-19 dan bagaimana peranan
pemimpin politik dan wakil rakyat ketika menangani cabaran COVID-19
ketika rakyat sedang bergelut,” katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju politik
negara selepas berlaku satu lagi kekacauan politik selepas UMNO menarik
diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru,
Sivamurugan menggesa pemimpin politik mengambil iktibar daripada apa
yang berlaku sebelum membuat sebarang keputusan dengan tidak memberi
keutamaan kepada parti mahupun personaliti politik.
“Polemik
politik yang bertali-arus menjejaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang
sedang dilaksanakan dan memperlahankan usaha negara keluar daripada
COVID-19.
“Menteri yang menerajui
Kementerian Kesihatan dan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) keduanya
daripada UMNO dan mereka telah mainkan peranan yang besar malah jika
berlaku perubahan ini menjejaskan perancangan.
“Bagi
saya apa yang penting adalah masa yang dipilih untuk membawa
perubahan-perubahan ini kerana rakyat berada dalam keadaan kritikal
dengan kes COVID-19 semakin meningkat serta proses vaksinasi harus
dipercepatkan,” ujarnya.
Tambah
Sivamurugan, sekiranya masing-masing pemimpin politik tidak kira
kerajaan ataupun pembangkang masih bergelut dengan soal politik maka
sukar untuk mendapatkan kejayaan yang baik dalam pengurusan COVID-19.
“Sentiasa
akan ada satu lagi kumpulan yang mahu menggulingkan mereka yang telah
dilantik dan proses ini akan berterusan sehingga rakyat muak, bosan dan
kecewa dengan pemimpin dipilih mereka,” tambahnya.
Ditanya
mengenai apakah penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menamatkan
polemik politik di era Pandemik COVID-19, Sivamurugan berkata, ahli
Parlimen yang mempunyai majoriti sokongan di Dewan Rakyat secara
menyakinkan boleh dicadangkan untuk memimpin negara.
“Saya
tidak melihat kerajaan interim sebagai penyelesaian kerana ia tiada
dalam perlembagaan dan sekiranya majoriti itu masih boleh dipertikaikan
kita akan berbalik kepada masalah dan isu yang sama.
“Krisis
politik telah mendominasi sejak 2018 dan kita mahu memberikan noktah
kepada perkara itu dengan pelantikan seorang Perdana Menteri yang
mempunyai majoriti yang besar dan pembentukan kerajaan yang ampuh supaya
kita dapat bergerak ke hadapan,” jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan