KUALA LUMPUR – Perdana Menteri baharu berdepan dengan cabaran sangat berat dan mencabar pada waktu yang sangat luar biasa.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seluruh kepimpinan akan membantu tugas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah menandatangani surat pelantikan di Istana Negara hari ini.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO itu atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
“Insya-Allah seluruh kepimpinan parti akan membantu dan mendukung dengan sebaiknya kepimpinan beliau.
“Selamat memulakan tugas Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melantik Ismail sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan