Israr Khalid
Khalid Jaafar berkata kerajaan baharu ini perlu tegas dengan soal rasuah dan salah guna kuasa. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR:
Persoalan tentang tadbir urus adalah perkara yang amat mustahak dalam
negara, jatuh bangun sesebuah kerajaan ditentukan oleh sebaik mana ia
dilaksanakan.
Pengarah Institut Kajian
Dasar, Datuk Khalid Jaafar berharap kepimpinan kerajaan baharu ini tidak
akan bersekongkol dengan hal rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau
melihat bahawa ketidakstabilan ini didorong oleh mereka dalam kluster
mahkamah yang terus menerus menekan kepimpinan kerajaan lalu supaya
memenuhi permintaan mereka bagi melepaskan diri daripada pendakwaan
salah guna kuasa dilakukan.
Harapannya,
kerajaan baharu dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob nanti dapat meneruskan pegangan kukuh terhadap prinsip integriti
dan ketegasan itu.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan syarat berdukungan kepada Perdana Menteri ini supaya jelas mengambil sikap tersebut.
“Kita
lihat banyak negara-negara demokrasi dunia ketiga yang gagal, mereka
ada pilihan raya, ada parti politik yang gagal kerana soal tadbir urus.
“Persoalan rasuah, persoalan salah guna kuasa, ini sekarang perkara yang sangat penting,” tegasnya.
Kata
beliau lagi, jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional dahulu, kini kembali
semula menerusi pelantikan Ismail Sabri perlu lebih mantap dan teguh
memegang prinsip tidak mahu berkompromi dengan soal governans.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan