HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 November 2008

Air Sungai Nerus melebihi paras bahaya

BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air Sungai Nerus, Setiu berada pada kedudukan bahaya pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan JPS negeri berkata paras air sungai Nerus di Kampung Bukit jam 10 pagi ini meningkat kepada 12.35 meter, berbanding tahap bahayanya 12 meter.

“Air sungai itu sedang naik kerana pada pukul 11 malam tadi, ia berada pada tahap 12.01 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu tiada berlaku sebarang perpindahan setakat ini.

Jurucakap itu berkata selain Sungai Nerus, terdapat tiga lagi kawasan di mana air sungai di Terengganu meningkat dan melebihi tahap waspada pada bacaan JPS jam 10 pagi ini.

Kawasan-kawasan terlibat ialah di Jambatan Penarik Setiu, Jambatan Pengkalan Berangan Marang dan Ibu Bekalan Setiu.

Menurutnya di Jambatan Penarik, kedudukan paras air di situ pada pukul 10 pagi ini ialah 11.26 meter iaitu melebihi paras waspada kira-kira 0.26 meter (waspada 11 meter) dan air dilaporkan bertahan.

Katanya paras air di Jambatan Pengkalan Berangan pula, kedudukan air ialah setinggi 12.57 meter, mengatasi tahap waspada (12.5 meter) sementara kedudukan air di Ibu Bekalan Setia setinggi 7.57 meter (waspada 7.3 meter).

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata paras air di sungai-sungai yang lain di Terengganu semuanya normal setakat ini.

Beliau berkata hujan lebat sejak Khamis lepas bagaimanapun mulai reda dan cuaca mulai cerah pagi ini.

Tiada ulasan: