BULETIN ONLINE
Kuala Terengganu – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu membuat laporan keatas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkaitan kerugian anak syarikat kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Menurut Ketuanya AMK Fariz Musa laporan berkenaan dibuat berdasarkan jawapan Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (DUN) 16 Disember lalu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.
Beliau berkata, dalam sidang DUN tersebut, Ahmad telah ditanya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kaitan berapakan jumlah anak-anak syarikat kerajaan negeri yang mengalami kerugian dari 2005 hingga 2008 serta berapakah kerugian yang ditanggung oleh kerajaan.
Ahmad Said menurut Fariz, mengakui kerugian yang ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan tersebut berjumlah RM 80 juta, membabitkan tiga anak syarikat kerajaan negeri selama tiga tahun.
"Justeru AMK meminta agar SPRM mengambil tindakan segera untuk menyiasat kenyataan Ahmad Said kerana Menteri Besar berkenaan mempunyai bukti terhadap kerugian syarikat berkenaan,
"Tiga syarikat berkenaan ialah Golden Pharos Snd Bhd Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd dan Permint-Suterasemai Sdn Bhd.
"Ketiga-tiga syarikat ini merugikan wang rakyat, jesteru penyiasatan juga harus dibuat terhadap Ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan syarikat terbabit," katanya.
Laporan berkenaan dibuat di Pejabat SPRM Cawangan Kuala Terengganu oleh beliau serta beberapa jawatankuasa AMK negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan