MY METRO
KUALA LUMPUR: Polis memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kekerasan terhadap dua individu ketika insiden di Bandar Mahkota Cheras 1 pada 27 Mei tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata pihak polis sudah mengarahkan semua pegawai dan anggotanya yang terbabit dalam penugasan pada malam itu untuk tampil memberi keterangan.
“Siasatan sudah dijalankan terhadap anggota yang menggunakan kekerasan dengan cara berlebihan terhadap Chang Jiun Haur dan Chang Siew Meng sebagaimana yang dicadangkan Suhakam.
“Tindakan akan diambil terhadap mereka selepas perkara itu ditimbang dan arahan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.
“Bagaimanapun, ekoran percanggahan dan bukti yang kurang jelas, panel siasatan yang ditubuhkan Suhakam gagal mengenal pasti siapakah di kalangan pegawai penguatkuasa yang bertanggungjawab melakukannya,” katanya, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan