MALAYSIA KINI
Beberapa pengundi termasuk yang tinggal berdekatan rumahnya di Jalan Ibrahim mendakwa tidak mengenali calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh walaupun terserempak dengan beliau.
Ditemui Malaysiakini di Jalan Panji Alam, mereka bagaimanapun lebih mengenali ketokohan bapanya.
"Saya tidak kenali beliau, tapi saya kenal ayahnya. Tetapi kalau beliau ajak bertemu (di program BN), kita pergi," kata seorang penduduk di Mengadang Akar dalam tinjauan ringkas.
Seorang penduduk di DUN Wakaf Mempelam yang ditemui mengenali Wan Ahmad Farid kerana kebetulan pernah bekerja mengecat rumahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan