MSTAR ONLINE
PETALING JAYA: Sidang Khas Parlimen hari ini dimulakan dengan mesyuarat pra-majlis pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membincangkan persiapan mereka sebelum menyertai sesi perbahasan yang dijadual diadakan pada sebelah petang.
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata mesyuarat pemimpin Pakatan Rakyat itu akan membincangkan mengenai persediaaan mereka bagi menyertai perbahasan konflik kemanusiaan di Gaza.
"Kita akan bincangkan mengenai persiapan sebelum sidang khas diadakan petang ini," katanya.
Mesyuarat berkenaan dijangka akan diadakan pada pukul 11.30 pagi di bangunan Parlimen.
Sidang Khas Parlimen mengenai Gaza petang ini diadakan bagi mengecam dan mengutuk serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza yang sehingga ini sudah mengorbankan lebih 700 nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan