SIASAH DAILY
KUALA TERENGGANU : PAS menyifatkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak berjasa kepada rakyat Kuala Terengganu bahkan memudaratkan mereka.
Pengarah Operasi pilihan raya kecil Kuala Terengganunya, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, kadar jenayah meningkat di Terengganu apabila kerajaan Pusat melalui Kementeri Dalam Negeri menjadikan Kuala Terengganu sebagai tempat buangan penjenayah.
"Saya difahamkan, Kuala Terengganu dijadikan sebagai salah satu lokasi orang buangan untuk pesalah atau penjenayah di bandar-bandar besar terutama di kalangan orang Cina dan India.
"Kementerian Dalam Negeri berharap akan memutuskan hubungan penjenayah ini dengan jaringan mereka di sana tetapi dalam masa yang sama mereka tidak sedar penjenayah ini menjadi guru kepada anak-anak muda di Kuala Terengganu ini.
"Apa peranan Wan Farid selama ini selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri hal ini atas dasar beliau orang Kuala Terengganu?" tanya Wan Mutalib Embong dalam sidang medianya hari ini di Markas Besar PAS Kuala Ibai.dalam
Ketika ditanya, berapa bilangan penjenayah yang dibuang daerah ke Kuala Terengganu, Wan Mutalib berkata, beliau pernah bertanyakan hal ini dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu namun Menteri Besar berkata beliau tidak mempunyai angkanya kerana ia di dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat.
"Jadi yang saya boleh sahkan Kuala Terengganu memang salah satu tempat orang buangan tetapi bilangannya saya tidak pasti.
"Yang sah juga, kadar jenayah di bandar ini meningkat dan saya katakan ia berpunca dari para penjenayah yang dibuang daerah ini," katanya kepada Siasah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan