HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Jun 2009

13 sekeluarga tidur beralas tanah

MYMETRO


ALOR GAJAH: Kehidupan sebuah keluarga 13 beranak termasuk seorang moyang bersama tujuh cicitnya begitu menyayatkan hati apabila terpaksa tidur bertilamkan kepingan papan lapis selain hanya beralaskan kain di atas tanah.

Ini berikutan keadaan rumah yang disewa di Jalan Loji Air, Kampung Machap Baru, pada kadar RM40 sebulan hanya mempunyai sebuah bilik kelihatan begitu usang akibat kedaifan hidup keluarga berkenaan berikutan dihambat kemiskinan.

Selain terpaksa mengharungi keadaan tidak selesa, keluarga terbabit turut berdepan pelbagai masalah lain termasuk sentiasa dibasahi hujan ketika tidur akibat bumbung rumah sewa mereka bocor.

Seorang ahli keluarga terbabit, Jamilah Mohamed Rasip, 28, yang mempunyai lima anak berusia dua hingga 13 tahun, berkata mereka sudah menyewa rumah usang berkenaan sejak lima tahun lalu kerana kesempitan hidup keluarga.

Menurutnya, kehidupan mereka amat sukar berikutan hanya dia dan ibunya, Zainon Enjah, 55, sahaja yang bekerja dengan memperolehi pendapatan tidak menentu.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Amir Hamzah Aziz, berkata pihaknya amat terkejut dan terharu melihatkan keadaan keluarga terbabit yang tinggal dalam serba kedaifan dan kekurangan.

Menurutnya, beliau sudah meminta pihak Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri untuk menyelesaikan masalah dihadapi keluarga terbabit.

Tiada ulasan: