HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Jun 2009

Etnik Lundayeh disisihkan BN?

Oleh: Mail Mathew


TENOM: Pemimpin UMNO dari kesukuan Lundayeh menyuarakan kebimbangan bahawa suku itu kemungkinan akan tercicir dari carta senarai barisan kepimpinan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada diperingkat negeri mahupun pusat, buat selama lamanya kerana melihat kelibat kepimpinan BN yang berlaku sekarang seolah olah ada penyisihan bagi kesukuan itu disenaraikan salah satu jawatan didalam kerajaan BN.

“ Sungguhpun etnik kami boleh dikatakan kumpulan kecil diSabah atau di Malaysia pada amnya…tetapi kami sudah menyumbang kearah pembentukkan Malaysia diSabah sejak tahun 1963 lagi..selain mengukuhkan kerajaan BN setiap kali menghadapi pilihanraya,” kata Yafta Musa 43, Ketua UMNO Cawangan Baru Jumpa berkata demikian pada Sabtu.

Yafta yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO disini seterusnya berkata, masyarakat etnik Lundayeh dinegeri ini yang dianggarkan kira kira lebih 20 ribu tidak mungkin terbiar begitu sahaja tanpa seorang ketua masyarakat umum kesukuan itu sepertimana yang telah berlaku kepada masyarakat ‘Orang Asli’ di Semenanjong.

Bagaimana pun kata Yafta, tidak mungkin keinginan seperti itu boleh diterima bulat bulat oleh kepimpinan BN sekiranya wakil wakil rakyat disesuatu kawasan terus membisu dan tidak melakukan apa apa cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan dan kebaikan dari aspek penyusunan semula masyarakat Lundayeh.

“ Sebagai contoh…bahawa dikawasan DUN Kemabong dan Parlimen Tenom iaitu ketika pilihanraya umum lalu, pengundi pengundi masyarakat Lundayeh tidak bolos kepada pembangkang…malah kami memberi sokongan padu kepada BN,” kata beliau.

“ Namun, selepas sahaja calon calon tersebut menang dan menjadi wakil rakyat, batang hidung pun tak nampak lagi…jauh sekali niat untuk melantik ke sesuatu jawatan dalam kerajaan,” jelas Yafta.

Sementara itu, ketika menyentuh perkara lain berhubung kenyataan Ahli Parlimen Tenom ketika melawat Kg Abingkoi bulan lepas dimana Raimie dikatakan menyalahkan dasar perhutanan yang sebelum ini dipertahankan Ketua Menteri Sabah dalam persidangan DUN yang lepas Yafta berkata:

“ Raimie perlu menjelaskan kepada kepimpinan BN dan kerajaan rasional disebalik ucapan beliau kerana kenyataan itu seolah olah Raimie berada dipihak pembangkang…kenapa dia pula mengkritik kerajaan BN bila dia berada diluar, tapi kenapa di Parlimen berdiam diri?,” Tanya Yafta.

Selain itu, Yafta juga tidak bersetuju dengan penggunaan pesawat helikoter untuk mengunjungi kawasan Kg Abingkoi kerana kawasan tersebut boleh dihubungi melalui kenderaan dengan memakan masa hanya dua jam dalam perjalanan.

“ Adalah tidak lojik dari segi penggunaan wang rakyat dimana tujuan Raimie dan rombongan ke Kg Abingkoi tidak lebih daripada merasmikan pesta kaamatan yang dianggap kurang keutamaan…kenapa ketika banjir Raimie tidak guna helikoter melawat mangsa mangsa banjir dan hulur bantuan?,” tambah Yafta lagi.

Yafta berkata, rakyat mempunyai hak untuk menegur dan bertanya dengan sesiapa juga pemimpin yang melakukan pembaziran wang kerajaan dimana wang itu datangnya daripada pembayar pembayar cukai.

“ Harus diingat bahawa Raimie hulurkan bantuan dari tabung MPnya bukan pemberian peribadinya, dan dia tak boleh membangkit atau mendabik dadanya…kerana itu adalah kewajipannya selaku wakil rakyat yang diangkat rakyat melalui undi pilihanraya,” jelas Yafta lagi.

Tiada ulasan: