HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Jun 2009

Gangguan bekalan air di KL dan Selangor pada 25 Jun dan 30 Jun

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Jun dan 30 Jun ini berikutan kerja penyenggaraan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som, berkata kawasan yang terbabit dengan gangguan air antara 10 pagi 25 Jun dan 4 pagi keesokannya ialah Jalan Jurutera, Puchong; Kampung Kenangan, Puchong dan Kampung Sri Langkas, Puchong; Jalan Wawasan 1 hingga 5; Jalan Bandar 1 hingga 16 (termasuk TESCO) dan Jalan PBP 1-12, Perindustrian Pusat Bandar Puchong Batu 12.

Gangguan juga akan berlaku antara 10 pagi dan 4.30 petang 25 Jun di beberapa kawasan di Gombak iaitu Taman Bidara, Taman Wilayah dan Taman Seri Murni.

Pada 30 Jun, gangguan bekalan akan berlaku di Sepang antara 5 petang dan 6.30 pagi keesokannya di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kampung Sungai Merab Luar, Desa Seri Melor 1, Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Anita dan Desa Sentosa Teras Jernang.

Kawasan-kawasan lain ialah Taman PKNS Seksyen 12, Taman Desa Damai, Taman Desa Saujana, Desa Pinggiran Putra, Taman Air Hitam Permai, Kuarters UPM Serdang, Kampung Sungai Merab Ulu, RTB Limau Manis, RKT Limau Manis, Sungai Merab, RKT Sungai Merab, Taman Lestari Putra, Kampung Teras Jernang, Kampung Asli Bukit Dugang, Desa Mekar RKT Sungai Merab, Desa Makmur, Taman Persona Mekar Sungai Merab, Taman Casa Mekar Sungai Merab, Sungai Merab Luar Lot 5084 serta RKT Kampung Tengah.

Di Hulu Langat, kawasan yang terbabit dengan gangguan pada hari dan masa yang sama ialah West Country, Taman University, Kampung Sungai Tangkas, Hentian Kajang, Taman Tenaga, Taman-taman perumahan di Jalan Reko, Taman Kajang Utama, Taman-taman perumahan di Jalan Bukit, Taman Jasmin, Taman Kajang Prima, Bandar Teknologi, Taman Harmoni Semenyih, Kawasan Perumahan Sungai Jelok, Taman Kajang Perdana, Taman Sri Jelok, Taman Sakap, Taman Asa Jaya serta Taman Villa Heights.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.Maklumat juga boleh diperoleh dari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

Tiada ulasan: