HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Jun 2009

Guna ISA hukum mereka sokong Chin Peng - PBTM

Oleh G. MANIMARAN


KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang mengesyor dan menyokong saranan agar bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dibenar pulang ke tanah air perlu dihukum bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Persatuan Bekas Tentera Malaysia.

Presidennya, Datuk Muhammad Abd. Ghani berkata, pihaknya berpendapat sesiapa yang mengeluarkan dan menyokong saranan sedemikian sama seperti anggota komunis.

"Apakah untung kembalinya seorang ketua komunis ke Malaysia.

"Kepada rakyat yang sokong kepulangan Chin Peng ke Malaysia dianggap komunis.

"Mereka berjiwa komunis dan mengiktiraf perjuangan parti komunis," kata beliau pada sidang media di sini pagi ini.

Sidang media ini diadakan ketika syor Chin Peng dibenar pulang ke tanah air menjadi polemik sejak seminggu lalu.

Tiada ulasan: