HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Jun 2009

Notis Pemberhentian Kerja Jaya Supermarket Tidak Akan Ditarik Balik

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menarik balik notis pemberhentian kerja-kerja merobohkan bangunan Jaya Supermarket sehingga mendapat pengesahan daripada Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedua-dua badan itu harus memperakukan bahawa kaedah meroboh yang digunapakai oleh syarikat berkenaan adalah selamat atau sebaliknya.

Justeru, kerajaan negeri menolak permohonan Syarikat Jaya Section Fourteen Sdn Bhd untuk notis berkenaan ditarik balik.

“Kerajaan negeri sedar permohonan ini adalah untuk memastikan keselamatan penduduk serta orang ramai di kawasan berkenaan. Kerajaan negeri akan hanya menarik balik notis pemberhentian jika MBPJ dan Ikram mengesahkan kaedah kerja perobohan sebagai selamat, namun kerajaan tidak boleh tarik balik notis tersebut tanpa perancangan yang teliti” Kata Tan Sri Khalid.

“MBPJ diarah untuk mendapatkan maklumat terperinci dan semua pakar runding yang terlibat dalam kaedah kerja perobohan yang dirancang bagi merobohkan sisa bangunan berkenaan” Tambah beliau lagi.

Khalid berkata, syarikat berkenaan mengemukakan permohonan berkenaan semalam untuk memulakan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan serta merobohkan dinding setinggi 19 meter di tapak kejadian.

7 pekerja asing mati dihempap runtuhan bangunan Pasaraya Jaya pada 28 Mei lalu.

Kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masing-masing sedang menjalankan siasatan berhubung dengan tragedi ini yang sekali lagi membangkitkan isu keselamatan di tapak kerja.

Khalid berkata Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan mengadakan perbincangan dengan pemilik Pasaraya Jaya , pihak perunding dan IKRAM dalam usaha untuk menyelesaikan siasatan secepat mungkin.

Ini untuk membolehkan penduduk setempat yang diarah berpindah kembali ke kediaman masing-masing.

“Kerajaan negeri telah mengarahkan semua PBT untuk terus memantau tahap keselamatan projek yang dikendalikan oleh 6 syarikat yang disenaraihitamkan kerana dikaitkan dengan tragedi Pasaraya Jaya.” Ujar Khalid

6 syarikat berkenaan ialah pemilik tanah dan pemaju, Jaya Section Fourteen Sdn Bhd; pihak yang mengemukan permohonan pelan projek, DP Architects Sdb Bhd; jurutera, Meinhardht (M) Sdn Bhd; kontraktor, Pembinaan CW Yap Sdn Bhd; jurutera kontraktor, Jurutera Perunding Sdn Bhd; dan Pengurus projek, DLS Management.

Tiada ulasan: