SINAR HARIAN ONLINE
AMPANG JAYA - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengadakan Kempen 50 peratus Pengurangan Kompaun Letak Kereta, bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini, berikutan tunggakan kompaun tempat letak kereta kini melebihi RM29.1 juta.
Orang awam yang mempunyai kompaun baru atau tertunggak diminta menjelaskan kompaun mereka dengan segera sebelum tindakan undang-undang dikenakan.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, sehingga April tahun ini, majlis telah mengeluarkan kompaun sebanyak 24,478. Daripada jumlah itu, hanya 2,952 kompaun dibayar manakala 9,490 masih tertunggak.
“Bermula 2002 hingga April 2009, pihak MPAJ telah mengeluarkan 455,685 kompaun merangkumi notis pertama dan notis kedua kepada orang ramai yang melakukan kesalahan parkir dan halangan, namun hanya 128,381 kompaun dijelaskan dan 291,748 lagi belum dijelaskan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan menyemak saman mereka dan melunaskan mana-mana kompaun yang dikenakan atau masih tertunggak di kaunter lobi Menara MPAJ, Pandan Indah, Pejabat Cawangan Taman Melawati atau Kompleks Muhibah di Taman Nirwana pada waktu pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan