"Bercakap tentang
kemerdekaan terlalu sahaja mudah tetapi hendak kemerdekaan itu kekal di
tangan kita adalah perkara yang berat dan susah."
Radhi Razak
Dia adalah lagenda Negara. Jasanya meniupkan semangat nasionalisme
terhadap masyarakat di bumi bertuah ini tidak sesekali luput di ingatan
dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.
Dato' Onn bin Jaafar. Salah seorang pejuang kemerdekaan Malaysia lahir
pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim.
Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

"Melawan Malayan Union
itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan
Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu
pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada
mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan
Union akan ditubuhkan.
Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai presiden yang pertama.
Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai presiden yang pertama.
"Berbagai-bagai bahaya
ada keluar dari hutan dari gunung dan sekarang tumbuh di dalam bumi,
Tumbuh dari bumi itu ialah cendawan yang beracun, tumbuh di merata-rata
negeri Melayu men-jalankan hasutan dengan menggunakan nama agama, dengan
menggunakan iman dan kepercayaan Melayu yang beragama Islam itu."
Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri
Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri
Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.
Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.
Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.
Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.
Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.
Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.
"Melawan Malayan Union
itu perkara kecil, dan yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan
Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri."
Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.
Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959. Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962.
"Masa orang Melayu akan
gelap jika tiada persefahaman dan perpaduan. Saya bimbang perpecahan ini
akan melemahkan kedudukan orang Melayu dan dengan lemahnya orang
Melayu, kedudukan ekonomi akan lemah, orang Melayu akan mendapati sukar
untuk mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera."
Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara
dan bangsa. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin
Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka termasuk
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli
UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain
menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu
ancaman.
Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.
Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan