Pegawai agama Majlis Agama Islam Batu Gajah, Muzamir Arbain menafikan peruntukan tanah kubur itu dibatalkan..
Bahagian 3 (akhir)
PETALING JAYA: Satu dakwaan berlaku iaitu tanah kubur seluas 63 ekar di Batu Gajah Perak, telah diambil alih untuk dimajukan oleh sebuah syarikat swasta.
Tanah perkuburan yang dimaksudkan terletak di Mukim Sungai Terap dalam daerah Kinta. Dengan lebih tepat, ia terletak di Batu Gajah.
Tanah perkuburan seluas 25.69 hektar (63 ekar) ini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam, Kampung Ara Payong, Batu Gajah. Pengisytiharan sebagai tanah perkuburan orang Islam telah dibuat pada 12 Februari 1998, menurut satu laporan.
Mengapakah pewartaan tanah kubur ini ditarik balik? Ini yang menjadi tanda tanya dan yang paling mengejutkan, tidak ramai yang tahu tentang hal ini, termasuklah penduduk sekitar.
Tanah perkuburan seluas 60 ekar ini terletak di kawasan sekitar 2-3 km dari lebuh raya Ipoh-Lumut dan betul-betul di atas bukit di belakang satu projek baru yang dikenali sebagai Batu Gajah Sentral. (BG Sentral).
Jalan masuk ketanah perkuburan ini boleh diakses melalui Taman Mewah dan juga di sebelah Sekolah Kebangsaan Sultan Yusuf.
Ia sesuai untuk projek perumahan tambahan pula, BG Sentral akan menjadi pusat bandar Batu Gajah yang baru di mana sebuah stesen bas akan dibina.
Tanah Perkuburan Islam Kampung Ara Payong ini diuruskan oleh kariah Masjid Sungai Terap. Sungai Terap terletak didalam DUN Sungai Rapat.
Tidak pernah dibatalkan
Bagaimanapun, pegawai agama Majlis Agama Islam Batu Gajah, Muzamir Arbain menafikan tanah itu di batalkan untuk tujuan tanah kubur.
“Ia tidak pernah dibatalkan seperti dakwaan, mungkin mereka merujuk tanah lain yang berhampiran tanah kubur ini.
“Ramai yang tidak tahu kawasan ini adalah tanah kubur kerana kami tidak membina pagar,” kata Muzamir lagi.
Menurutnya, tanah itu merupakan pemberian kerajaan negeri Perak kepada Majlis Agama Islam Batu Gajah untuk dijadikan tanah perkuburan.
Bagaimanapun, 30 ekar dikhususkan untuk tanah kubur dan 30 ekar lagi tanah wakaf am termasuk telah membina rumah untuk orang Islam yang miskin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan