Azuan Ab Rahman
KUALA
LUMPUR : Hong Leong Bank (HLB) berbohong apabila menyatakan bahwa
institusi kewangan itu mematuhi undang-undang dalam proses pemecatan 27
kakitangannya.
Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dalam satu kenyataan berkata,
HLB melanggar perjanjian kolektif yang memperuntukkan bahawa bonus
tahunan kakitangan perlu dibayar pada 15 Disember.
Menurut NUBE, 27 pekerja yang diberhentikan sejak 18 Disember lalu
tidak dibayar bonus tahunan walaupun mekera layak menerimanya.
“Ini mempamerkan keangkuhan, pembohongan serta tidak menghormati
golongan pekerja, undang-undang dan budaya masyarakat negara ini.
“Walaupun rayuan dibuat pekerja serta representasi oleh Nube, hak
pekerja terang-terangan diabaikan, termasuk diganggu secara berterusan
sebelum akhirnya dipecat,” kenyataan Nube dipetik.
Nube telah mengadakan piket lebih 50 jam di hadapan ibu pejabat bank
itu di Jalan Perak dan akan terus berbuat demikian 10 jam setiap hari
sehingga perkara itu selesai.
Sementara itu, Biro Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Johor, Mohd
Faizal Yusak berkata, ada pekerja yang ditahan gaji dan tidak dibenarkan
masuk ke ruang kerja.
Dipercayai HLB bertindak demikian berikutan kes ‘pengehaban dan
penempatan semula’ yang dibantah pekerja institusi itu masih dibicarakan
di Mahkamah Perusahaan.
“Tidakkah hak pekerja ini patut dibela oleh Kementerian Sumber
Manusia? Aduan, memorandum dan bantahan telah dibuat. Tapi mengapa KSM
membisu? soalnya.
Faizal pada 13 Disember lalu mendedahkan, 45 pekerja HLB diarah
berpindah ke beberapa buah cawangan di negeri berlainan dalam operasi
pengehaban dan penempatan semula tanpa rundingan.
Menurutnya, pertemuan bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP)
Kementerian Sumber Manusia 19 November mengekalkan status quo sementara
kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan