MSTAR ONLINE
KUANTAN: Polis meminta orang ramai bersedia dan
mengikuti semua arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku gelombang kedua
banjir di Pahang yang dijangka bermula Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, sebanyak 67 buah pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang boleh memuatkan 20,415 orang telah disediakan untuk mangsa banjir.
Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1 sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar (lima).
"Selain itu, beberapa kawasan letak kenderaan turut dicadangkan bagi mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan kediaman masing-masing," katanya.
Beliau berkata, kawasan yang dicadangkan bagi penduduk Permatang Badak, Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, Taman Guru, Taman Sepakat dan Taman Kurnia ialah di tanah lapang bersebelahan pasaraya Giant, di tepi padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat Kemunting dan di sepanjang laluan dari TanahPutih menghala ke persimpangan lampu isyarat Permatang Badak.
"Bagi penduduk di sekitar Taman Guru, Gudang Rasau dan perumahan Batu 6 boleh meletak kenderaan di laluan masuk ke SMK Gudang Rasau dan di sepanjang kiri kanan jalan Gambang menghala ke Taman Tas.
"Penduduk di sekitar Bukit Rangin dan Kuantan ByPass boleh meletak kenderaan masing-masing di laluan Kuantan-ByPass dari arah Bukit Rangin menghala ke Kolej Shahputra dan di tanah lapang berhadapan stesen minyak Shell Jalan Kuantan-ByPass.
"Sementara penduduk di sekitar Perkampungan Cenderawasih dan Kampung Tengahpula mereka boleh meletak kenderaan di kawasan perindustrian Indera Mahkota 3,"katanya. -BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan