HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Disember 2013

Jimat belanja menteri, rakyat dapat apa?


Rafizi Ramli  
Rafizi Ramli


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam didakwa bersifat berat sebelah dan tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat.

Sebaliknya apa yang berlaku kata Pengarah Strategi PKR, kos sara hidup rakyat tetap meningkat dan pemborosan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat ditangani.

"Saya juga ingin menegur Datuk Seri Najib kerana langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.

"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan perbelanjaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah beliau menyalahkan kakitangan kerajaan," ujar Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan.

Tiada ulasan: