HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Disember 2013

JAIS: Perkahwinan melibatkan Syiah di Selangor terkawal

OLEH: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM  : Isu perkahwinan yang melibatkan penganut pegangan Syiah di Selangor masih berada di tahap terkawal dan hanya isu terpencil.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman, berkata walaubagaimanapun JAIS sentiasa memantau perkembangan itu dari masa ke samasa dan bertindak mengatasinya untuk generasi akan datang.
Jais-logo kecik
“Pihak JAIS tidak mempunyai rekod statistik berhubung isu perkahwinan Syiah ini, jika ada hanya beberapa kes terpencil sahaja,” katanya dalam sidang media selepas Program Muzakarah Pakar Isu Perkahwinan Syiah dan Sunni Peringkat Negeri di Hotel Grand Bluewave, di sini,semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIS, Zaki Arshad, berkata setakat ini di Lembah Klang sebanyak 29 ajaran sesat yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dikenal pasti.

Katanya, ekoran daripada itu, JAIS bertindak dengan memperbanyakkan program bagi memberi penjelasan terhadap penyebaran ajaran itu.

2 (5)

“JAIS memandang serius perkara ini kerana ia sangat berbahaya mengancam akidah ummah.

“Pada tahun hadapan, JAIS akan mempertingkatkan program bagi membendung kefahaman ajaran sesat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam program itu, kira-kira 300 peserta dari pelbagai jabatan membahaskan kemelut percanggahan isu perkahwinan Sunni dan Syiah.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan penjelasan berhubung isu itu kepada orang ramai selain mencari penyelesaian mengenai isu ini bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan masyarakat.
Antara pembentang adalah Ahli Jawatankuasa Pengawalan Aqidah Negeri, Mashadi Masyuti dan Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin Al Ghari.EZY

Tiada ulasan: