"
Kita di ambang tahun baru. Timbul keresahan di kalangan ilmuan Islam dan pendakwah mengenai kelaziman masyarakat ummat Islam yang saban tahun terus melazimi sambutan tahun baru. Malah yang lebih teruk dari itu ialah sambutan terhadapnya diadakan besar-besaran, sarat hiburan dan keseronokan hingga banyak perkara mungkar dan maksiat timbul darinya.
Di sini ingin saya mengingatkan semula akan diri saya dan para pembaca sekalian secara ringkas akan perihal larangan tasyabbuh, walaupun ia pernah disentuh dalam artikel yang lepas:
- Hukum Menyertai, Meniru & Membesarkan Perayaan Orang Kafir
- Sejengkal Demi Sejengkal, Sehasta Demi Sehasta…
Muslimin-muslimat yang mudah-mudahan dikasihi ALLAH sekalian,
Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
من تشبَّهَ بقومٍ فَهوَ منهم
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut."
(HR Abu Daud dengan sanad hasan)
Hadith
di atas adalah suatu ukuran yang diberikan Nabi Muhammad sallAllahu
`alaihi wa sallam kepada ummatnya. Kita adalah siapa yang kita ikut dan
serupai. Jika kita ikut dan menyerupai apa yang Nabi lakukan, maka
kita termasuk di dalam kumpulan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.
Sebaliknya, jika ikut dan menyerupai orang-orang lain, maka kita
termasuk di dalam kumpulan orang tersebut. Amatlah malang jika kita
ikut cara dan menyerupai perbuatan orang-orang kafir!
Muslim
mesti ada jati diri. Muslim mesti ikut cara Nabi Muhammad sallAllahu
`alaihi wa sallam. Muslim mesti berbeza dengan orang-orang kafir. Kita
ada identiti kita tersendiri. Kita dimuliakan oleh ALLAH Ta`la kerana
Islam yang ada dalam dada kita.
Jika
kita baca hadith-hadith Nabi yang lain, tentu kita akan jumpa beberapa
hadith yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa
sallam tidak suka ummat Islam sama dengan orang selain Islam yang
terdiri daripada Musyrik, Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.
Contohnya:
- Nabi mensyariatkan `eidul-fitri dan `eidul-adha sebagai menggantikan dua perayaan yang biasa disambut oleh orang-orang `Arab ketika itu.
- Nabi berniat mahu berpuasa pada 9 dan 10 Muharram yakni Tasu`a dan `Asyura sebagai membezakan perbuatan orang-orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari `Asyura sahaja, iaitu 10 Muharram.
- Nabi menyuruhkan ummatnya agar membiarkan janggut tumbuh dan memotong misai agar berbeza dengan Musyrikin dan Majusi.
- Hatta Nabi pernah menukar cara Baginda menyikat rambut hanya kerana untuk berbeza dengan cara menyikat rambut orang-orang Yahudi.
- Dan banyak lagi contoh yang mungkin tuan/puan boleh senaraikan sama berdasarkan bacaan hadith oleh tuan/puan.
Tasyabbuh iaitu
penyerupaan dengan orang-orang kafir adalah perbuatan tidak disukai
oleh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Nabi telah berusaha
mencegahnya semasa hayat Baginda. Jika ia bersangkutan dengan agama,
lagilah ia amat dilarang. Malah ia menjadi syariat agama Islam untuk
ummatnya berbeza dengan orang kafir (terutama dalam hal agama).
Justeru,
marilah kita muhasabah mengenai sambutan besar-besaran Hari Tahun Baru
yang bakal rakyat Malaysia sambut sebentar lagi. Mari kita tanya
beberapa perkara dalam diri kita:
- Tidakkah ia amalan budaya orang-orang kafir?
- Perlukah kita turut serta menyambutnya dengan mengadakan majlis?
- Rugikah kita jika tidak menyertainya?
- Bertambah pahalakah jika kita menyertainya? Atau dosa?!
- Redhakah ALLAH dan Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam terhadap perbuatan kita ini, sedangkan pada zaman Baginda hidup, Baginda sentiasa berusaha untuk BERBEZA dengan golongan kafir?
Tepuk dada, tanyalah iman kita…
Allahu A`lam. Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dengan hidayah dan taufiqNYA, amin…- muzir.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan