Mahirah Zakaria
KUALA LUMPUR - Satu email telah didedahkan sebagai tanda memberi
'amaran awal' bahawa penggunaan bom akan digunakan pada himpunan 31
Disember ini di sekitar ibu negara.
Memetik daripada blog Theunspinners, penggunaan bom ini mungkin akan digunakan dan mempunyai persamaan semasa Himpunan Bebas Anwar 901 pada 9 Januari 2012.
Menurut blog itu, pihaknya ada menerima email dari sumber daripada Rahim
Ghouse kepada Rafizi Ramli yang memberi amaran awal akan penggunaan
taktik bom ini di beberapa kawasan.
Antara kawasan yang disebutkan dalam email tersebut ialah persimpangan
lampu isyarat di pusat membeli-belah SOGO, persimpangan lampu isyarat di
Puduraya, bulatan berhampiran Masjid Negara, stesen LRT Masjid Jamek
dan di Stesen Komuter Bank Rakyat.
Email tersebut turut menyarankan agar tidak pergi ke kawasan tersebut
kerana bimbang peristiwa lama (penggunaan bom) akan berulang kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan