HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Disember 2013

Gambar Gay : Anwar Dakwa Akaun Twitter Digodam Cybertroopers UMNO

RAKYAT NEWS


rakyatnews_anwar
 
 
 
KUALA LUMPUR -  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa akaun Twitter milik beliau yang memaparkan foto lucah telah diceroboh oleh pengodam cybertroopers UMNO, malam tadi.
 
Memetik daripada laman Twitter beliau, Anwar menuduh cybertroopers UMNO menyebarkan foto lelaki homoseksual itu malah mengakui ianya telah beberapa kali berlaku sebelum ini.
 
"Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat "hack" cybertroopers," katanya dalam laman Twitter.
 
Anwar turut menafikan bahawa beliau telah "favourite" gambar tersebut setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh pengikut beliau yang terkejut dengan statusnya.

Tiada ulasan: