HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Disember 2013

Apa lagi yang naik tahun 2014?

 

 

Dalam usaha mengawal kadar defisit negara, kerajaan bertindak mengurangkan subsidi untuk beberapa barang utama.

Kesan daripada langkah ini dinamakan kerajaan sebagai "kesakitan jangka masa pendek yang perlu" untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.

Namun, kenaikan-kenaikan ini mewujudkan kesan lata yang mengakibatkan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan lain.

Sehingga kini, berikut adalah barang-barang yang telah naik harganya:

1) Petrol RON95 - Naik daripada RM1.90 kepada RM2.10 seliter bermula 3 September.

2) Diesel - Naik daripada RM1.80 kepada RM2.00 seliter bermula 3 September.

3) Gula - Naik daripada RM2.50 ke RM2.84 sekilogram bermula 25 Oktober.

Sekali imbas, apalah yang perlu dirisaukan dengan kenaikan cuma tiga barang ini. Tetapi, ada lagi yang naik tahun depan.

Apa lagi yang naik?

1) Kadar tol lebuhraya
Kerajaan memberi gambaran bahawa kadar tol lebih tinggi akan dikenakan, tetapi masih mencari mekanisme untuk memastikan impak yang minimum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan perlu membenarkan kenaikan kadar tol mengikut perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya.

Menurut laporan, kadar tersebut dijangka meningkat antara RM0.30 dan RM1, melibatkan 13 lebuhraya.

2) Tambang teksi, bad dan tren
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan bahawa tambang tren LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dinaikkan.

SPAD juga sedang mengkaji semula kadar tambang bas dan teksi. Persatuan Teksi Johor mendedahkan bahawa peningkatan kadar tersebut akan berkuatkuasa pada Februari.

Persekutuan Persatuan Bas Sekolah juga memberi petunjuk bahawa surcaj tambahan 40 peratus akan dikenakan ke atas tambang bas bermula tahun depan.

3) Tarik elektrik

Bermula Januari 2014, tarif elektrik di semenanjung Malaysia akan meningkat 15 peratus, dari RM33.54 kepada RM38.53 setiap kilowatt dan peningkatan 16.9 peratus di Sabah dan Labuan - dari RM29.52 kepada RM34.52 setiap kilowatt.

Tiada ulasan: