HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Disember 2013

Pasangan Muslim telan tohmahan, jadikan anjing liar teman baik

Oleh LOOI SUE-CHERN

Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain. 
 Pasangan suami isteri berjiwa murni yang tidak akan berpaling dengan jalan yang dipilih mereka. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain. 


Di negara di mana rakyat beragama Islam jijik dengan anjing atas sebab keagamaan, satu pasangan beragama Islam melangkau ‘halangan’ itu demi menjaga anjing liar dan terbiar di Kedah.

Daripada bangun pagi sehinggalah ke waktu tidur, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Mie dan Mak Intan, meluangkan setiap saat mereka untuk menjaga 800 'anak berbulu' di Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie di Tanjung Bendara.

Walaupun dengan bebanan kerja yang berat untuk menjaga 800 ekor anjing, pasangan itu hanya ada cucu serta seorang penolong untuk membantu mereka di rumah perlindungan itu.

"Kita sudah beroperasi selama 20 tahun. Kerja ini memang susah dan ia bukanlah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kita tidak pernah tutup atau pulang ke rumah dan goyang kaki sambil menonton televisyen. Kita korbankan tidur dan makan.

Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya.Pak Mie sudah lali dengan cacian dan cercaan masyarakat terhadapnya."Tapi kita teruskan juga atas dasar belas kasihan. Perasaan ini sangat penting walaupun untuk anjing liar," kata Pak Mie atau Muhammad Azmi Ismail kepada The Malaysian Insider.

Oleh kerana bekerja dengan anjing liar, isterinya Mak Intan, 56 tahun atau Halijah Idris telah banyak menerima tohmahan serta kritikan darpada orang ramai yang tidak dapat menerima hubungan rapatnya dengan anjing-anjing itu.

Bekas kontraktor itu berkata, adik-beradiknya sendiri tidak boleh tahan dengan beliau kerana banyak membelanjakan duit untuk makanan anjing, sesuatu yang tidak memberi pulangan atau faedah.

"Orang pernah berkata macam-macam. Mereka kata saya dan isteri akan merana seumur hidup kerana menjaga anjing-anjing ini.

"Jadi saya berhenti menjadi kontraktor dan Mak Intan pula mengambil pencen 23 tahun lalu kerana kami ingin melihat kebenaran kata-kata mereka itu. Kami menahan diri meminta tolong daripada sanak saudara. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. "

Sewaktu mula-mula menjaga anjing-anjing berkenaan, mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjaga serta merawat anjing yang sakit. Justeru, ia terpaksa diletakkan di tempat sewa lain dan kemudian membuat Rumah Perlindungan.

"Untuk makanan, Mak Intan dan saya boleh saja makan roti tetapi untuk anjing, kita perlu beri makanan yang lebih baik. Oleh itu, saya pergi ke kedai nasi ayam Cina dan bercakap dengan tuan kedai yang kemudiannya setuju untuk saya mengambil baki nasi dan daging setiap hari. Ada juga yang tinggalkan tin sardin yang sudah tamat tempoh untuk kita. Namun, bagi peniaga Melayu, mereka hanya membenarkan kita mengambilnya setelah sisa makanan dibuang dalam tong sampah.

"Sehingga hari ini, saya masih mencari sebab kenapa orang Melayu melihat anjing dengan penuh benci, seolah-olah ia lebih teruk daripada syaitan," katanya.


Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie. Pak Mie berkata, ramai orang termasuk daripada badan Islam pernah berjumpa beliau tentang aktiviti menjaga anjing ini, tetapi beliau tidak pernah berputus asa.

Sebahagian daripada 800 ekor anjing yang menghuni Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie."Saya tanya mereka satu soalan, tunjukkan kepada kami hadith yang mengatakan memegang, memberi makan serta memberi ubatan kepada anjing malah berkongsi katil bersama anjing adalah berdosa. Kalau betullah ia berdosa, tunjukkan saya hadith itu.

"Tuhan beri kita minda untuk berfikir sapa yang betul dan salah. Dalam banyak ciptaan Tuhan, Dia telah menyebut anjing beberapa kali. Bukan unta, kambing atau binatang lain," katanya serta menambah Allah pernah memaafkan seorang pelacur apabila beliau memberi minuman daripada perigi kepada anjing yang kehausan.

Beliau turut mengatakan tentang satu
hukum yang tidak melarang Muslim memakan daging binatang yang dibunuh oleh anjing buruan.
"Kalau anjing kelihatan kelaparan apabila dia melihat kamu makan, adakah kamu akan campak batu kepadanya atau memberikan dia sedikit makanan? Ingat, kita diberi minda untuk berfikir."

Selain daripada cacian, pasangan itu juga berdepan dengan fitnah dan tuduhan sesetengah orang yang merasakan cara mereka menjaga rumah perlindungan itu dan menuduh beliau telah menggunakan wang derma untuk kepentingan diri sendiri.

Dia yang menuduh beliau mendapat AS$85,000 (RM280,000) sebulan daripada penderma asing. Namun beliau 'berterima kasih' atas sangkaan orang ramai tentang kehidupannya yang berada.

"Saya seorang jutawan sekarang. Buat apa saya buat semua ini kalau saya kaya sangat? Saya boleh sahaja bayar orang lain untuk menjaga anjing-anjing kami.

"Mak Intan dan saya boleh pergi bercuti. Ini adalah salah satu sebab kenapa kita tidak mahu sebarang publisiti untuk rumah perlindungan ini. Orang akan mula mengata.

"Bila kita mula beroperasi dulu, kita cuba buat secara senyap-senyap kerana sepasang suami isteri beragama Islam menjaga anjing pasti akan menjadi isu. Saya tidak pernah memberi temubual kepada media sehinggalah tahun lepas apabila Dewan Bandaraya  hendak merampas anjing-anjing itu," katanya lalu menambah bahawa dia mengharap pengkritik akan membuat laporan polis terhadap beliau supaya dia boleh membuka siasatan.

Beliau berkata, RM40,000 hingga RM50,000 terpaksa dibelanjakan untuk menguruskan rumah perlindungan ini yang tiada bekalan elektrik dan air yang sempurna buat masa sekarang yang hanya bergantung kepada derma berupa wang tunai, makanan dan ubatan sahaja.

Terdapat akaun Facebook yang dinamakan Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie Neraka dan ada juga  blog-blog yang mengutuk aktiviti Pak Mie.

Pak Mie berkata, ada yang melihat rumah perlindungan beliau lantas mengkritik tanpa cuba memahami kepayahan serta pengorbanan yang diperlukan untuk menjaga tempat ini.

"Ada yang telah membuat aduan kepada doktor haiwan tempatan. Pegawai-pegawai dari sana datang untuk memeriksa rumah ini, mendengar luahan hati saya lalu pergi dengan tenang.

"Namun pengkritik saya tetap tidak berpuas hati dan membawa aduan ke Putrajaya tetapi kita tetap teguh di sini.

"Lebih mudah untuk berkata-kata daripada benar-benar melakukannya. Mereka harus cuba menyelamatkan anjing-anjing ini sendiri, tubuhkan rumah perlindungan yang lebih bagus.

"Tunjukkan kepada saya dan saya akan mencontohi. Banyak faedahnya jika lebih ramai yang mula menyelamatkan haiwan terbiar."

Baru baru ini, Pak Mie, Mak Intan serta anjing-anjing itu telah diusir oleh Dewan Bandaraya Alor Star dari tanah kerajaaan itu untuk memberi ruang kepada Indah Water Kosortium bersebelahan sungai di Tanjung Bendahara, di mana mereka telah tinggal selama bertahun lamanya untuk rumah perlindungan ini.

Pada masa yang sama Pak Mie dilarang memindahkan haiwan-haiwan ke satu kampung di Kuala Nerang 37 km dari situ, di mana beliau baru membeli tanah untuk membuka rumah perlindungan baru.

Dia telah melaburkan wang sebanyak RM300,000 yang sebahagiannya adalah wang derma untuk projek itu.

"Tanah di Kuala Nerang adalah tempat yang bagus oleh kerana ia jauh dari tempat perumahan tetapi ramai pula penduduk kampung yang membantah.

"Saya pernah membenarkan pelajar-pelajar kedoktoran haiwan untuk menjalani operasi pemandulan bagi 10 anjing-anjing saya. Tetapi apabila penduduk kampung ternampak, mereka pun membuat aduan.

"Kita ada merancang untuk pindah pada bulan September tetapi sekarang kita harus menjual tanah itu. Saya tidak boleh meneruskan projek ini untuk mengelakkan masalah yang lebih besar dan tekanan daripada penduduk tempatan. Ia tidak selamat untuk anjing-anjing saya lagi," katanya sedih.

Dengan bantuan Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung, pasangan itu menerima penangguhan hingga akhir bulan ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa telah membenarkan Pak Mie untuk mengekalkan rumah perlindungan beliau di Tanjung Bendahara dengan syarat dia membina tempat yang lebih sesuai untuk haiwan-haiwan itu.

"Saya telah diarahkan untuk membina tempat yang lebih baik dengan lantai simen serta tangki septik supaya najis haiwan-haiwan ini tidak akan mengalir ke sungai.

"Saya tidak tahu bila kita akan siapkan tempat baru itu. Kita hanya boleh membinanya sedikit demi sedikit bila ada wang nanti," katanya sambil menunjukkan persekitaran rumah perlindungan itu kepada The Malaysian Insider.

Pak Mie yang menggelar dirinya 'ayah' kepada anjing-anjing itu berkata beliau dan isteri hanya mahu menjaga anjing-anjing yang telah mereka selamatkan daripada jalanan dan sanggup berdepan dengan meriam sekalipun jika ada orang yang ingin merampas anjing-anjingnya.

"Mereka sangat berharga buat saya dan kami telah berkorban macam-macam. Malah Mak Intan mengambil masa untuk belajar daripada doktor haiwan untuk merawat luka kecil dan penyakit ringan mereka. Dia tidak akan pulang ke rumah jika dia harus menjaga haiwan-haiwan yang sakit."

Pak Mie berharap pihak berkuasa boleh mencari jalan lebih baik untuk mengawal haiwan-haiwan liar itu daripada menangkap dan membunuh mereka.

"Meletakkan anjing untuk tidur adalah lebih berperi kemanusiaan daripada membunuh anjing liar yang boleh dimandulkan.

"Jika pihak kerajaan tidak mahu membelanjakan sesen pun untuk membina rumah perlindungan, maka mereka haruslah berfikir  untuk mencari jalan untuk tidak membunuh anjing-anjing yang tidak bersalah itu."

Pak Mie berkata beliau dan Mak Intan akan menyimpan dan menyelamatkan anjing-anjing itu dan terus melindungi mereka sehingga ke akhir nyawa, walaupun usia mereka sudah lanjut.

"Kami sedang mengajar cucu kami, Afif Affandi untuk mengambil alih. Saya sudah memberitahunya bahawa jika beliau gagal menjaga ia dengan betul, kami akan sangat hampa."

Pak Mie tidak membenarkan orang awam memelihara anjing di rumah perlindungan beliau kerana ingin mereka menyelamatkan sendiri anjing-anjing liar di luar.

"Banyak lagi anjing-anjing di luar sana yang harus diselamatkan dan diberikan perlindungan. Itu cara yang paling baik untuk membantu."

Tiada ulasan: