HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Disember 2013

Amaran polis: Mudarat demokrasi berparlimen, penjara 20 tahun

 

 
 
 
Pihak polis hari ini memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan 'haram' pada 31 Disember ini atau bersedia menghadapi tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka tidak akan teragak-agak bertindak bawah Seksyen 124(B) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun.

NONEAmar (kiri) bagaimanapun berkata, polis tidak bercadang melakukan tangkapan awal tetapi pihaknya akan sentiasa memantau pergerakan pihak terbabit pada hari itu.

Mengulas kenyataan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar yang menegaskan kumpulannya tidak bercadang menggulingkan kerajaan, Amar menegaskan bahawa himpunan itu tetap salah di sisi undang-undang.

"Sebarang penganjur yang hendak anjur sebarang aktiviti hendaklah bagi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan," katanya.

TURUN merupakan penganjur utama perhimpunan membantah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, yang dianggap polis bertujuan menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Amar, polis memberi jaminan yang orang ramai tidak perlu risau dengan kumpulan berkenaan dan sambutan ambang tahun baru akan berjalan tanpa masalah.

"Pada malam 31 (Disember) memang selamat untuk orang awam buat apa mereka mahu (untuk sambut tahun baru)," katanya.

Tiada ulasan: