Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM, : Polis digesa untuk menghentikan tindakan menyoal siasat terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dengan memulakan siasatan segera terhadap blogger Umno yang didakwa menyebar berita fitnah berkenaan Sambutan Ambang 2014 di Dataran Merdeka.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata polis patut bekerja secara profesional dengan tidak terikat kepada regim Barisan Nasional dalam sebuah negara demokratik.
Katanya, polis perlu memberikan kebenaran kepada perhimpunan aman yang menentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan agar pemimpin Kerajaan BN mendapat respon berkenaan isu itu dengan lebih baik dan jelas.
“Ia akan memastikan pemimpin BN mendengar suara sebenar rakyat berkenaan kenaikan harga barangan,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.
Sementara itu, Rafizi hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.
Beliau yang diiringi peguamnya, N.Surendran dan Latheefa Loya kelihatan memasuki pekarangan balai polis tersebut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Rafizi mengulangi pendiriannya bahawa emel tersebut sengaja direka dan mendakwa ia didalangi oleh blogger pro-Umno.EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan