HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Disember 2013

Selangor tidak boleh halang pengggunaan nama Allah, kata persatuan agama bukan Islam

oleh V. ANBALAGAN, ASSISTANT NEWS EDITOR


Isu penggunaan kalimah Allah terus menjadi kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di Malaysia. Gambar fail.


Isu penggunaan kalimah Allah terus menjadi kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di Malaysia. Gambar fail.Pihak  berkuasa agama di Selangor tidak  berhak menguatkuasakan larangan penganut Kristian daripada menggunakan perkataan Allah kerana mahkamah telah mengisytiharkan tindakan sebegitu adalah melanggar perlembagaan empat tahun lalu.

Presiden Majlis Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Jagir Singh berkata, pada tahun 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan memutuskan orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah dengan syarat ia di kalangan pengikut agama mereka sahaja.

"Adalah menjadi kesalahan kalau ia menggunakan perkataan seumpama itu untuk mengembangkan agamanya kepada orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: