HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Disember 2013

Rakyat makin meluat BN: PKR jangka tarik lebih 15,000 ahli baru

Oleh: NAZLI IBRAHIM


KUALA SELANGOR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangka MAMPU menarik kira-kira 15,000 keahlian baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melawati dalam masa beberapa tahun ini, sekaligus mengatasi sasaran sebelum ini 4,000 keahlian baru.

Jangkaan itu dibuat berikutan semakin ramai ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) tampil menyatakan perasaan meluat terhadap BN dan mahu bersama PKR yang sentiasa berusaha keras memperjuang nasib rakyat.

PKR

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Melawati, S Manikavasagam, berkata golongan itu kecewa terhadap BN kerana parti itu lebih mengutama kepentingan pemimpin dan kroni berbanding memikirkan tekanan kenaikan kos sara semakin menghimpit rakyat.

“Mereka memaklumkan selama ini mereka tertipu serta taksub dengan pelbagai janji kosong pemimpin sedia ada yang ‘manis mulut’ hanya untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Selepas melihat sendiri banyak pembaharuan serta pembaikan yang saya buat di sekitar DUN Bukit Melawati ini, mereka dengan sendirinya ‘buka mata’ dan yakin.

Logo-PKR-DAP-PAS

“Harapan mereka begitu tinggi terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya DUN Bukit Melawati bagi mensejahterakan lagi kehidupan rakyat di DUN ini,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

Baru-baru ini, hampir 100 penduduk Jalan Datuk Haji Harun, Pasir Tuntung di Kuala Selangor yang diketuai bekas Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pasir Tuntung, Ibrahim Darus menyerahkan borang keahlian PKR.

Ahad lalu, lebih 200 ahli MIC Cawangan Bukit Kerayong dan sekitar Jeram diketuai Ketua Cawangan Bukit Kerayong, Tamil Maran  meninggalkan MIC untuk menyertai PKR.
EZY FZL

Tiada ulasan: