HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Disember 2013

Guling Kerajaan: Pembangkang Jangan Nafi - Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

pemuda umno WP rakyatnews
 
 Hafiz Roslan
 
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan pembangkang tidak perlu menafikan bahawa gerakan untuk mengguling kerajaan datang dari pihak mereka.
 
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafi berkata, pihaknya membantah perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam ambang tahun baru ini.
 
"Jadi saya nak ingatkan Rafizi, Chegu Bard dan Pembangkang jangan menafikan gerakan gulingkan kerajaan ini datang daripada kamu semua.
 
"Jelas kita lihat dari laman sosial facebook, desakan ini memmang mereka mahu datang dan meraka mahu merempuh dataran merdeka." katanya dihadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas membuat laporan polis  hari disini.
 
razlan rakyatnews
 
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Seputeh berkata, pembangkang cuba menggunakan orang ramai pada malam itu untuk menunjukkan bahawa rakyat masih lagi sokong mereka.
 
"Kita juga ketahui pembangkang lemah dan mereka menggunakan orang ramai pada 31 Disember ini untuk menunjukkan yang mereka masih mendapat sokongan rakyat.
 
"Walau bagaimanapun kita tahu niat pembangkang ini mereka ingin gulingkan kerajaan," katanya.
 
Razlan turut mengingatkan kepada warga Kuala Lumpur agar tidak takut untuk datang ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam ambang tahun taru 31 Disember kerana pihak polis akan sentiasa menjaga keamana di seluruh kawasan.

Tiada ulasan: