Semalam lagi seorang pemimpin
UMNO, kali ini Ketua Wanita UMNO Kuantan dilapurkan menghalau sesiapa yang
tidak bersetuju dengan kerajaan BN pergi tinggal di negara lain. Nama Ketua
Wanita itu kalau tidak silap ingatan saya ialah Datuk Zaiton Mat. Tidak berapa
lama dahulu kita terdengar Zahid Hamidi menghalau yang tidak bersetuju dengan
BN tinggalkan negara ini. Beberapa orang lagi telah dilapurkan mengeluarkan
kata-kata yang sama.
Menghalau orang dan menyiahkan
pandangan ramai sudah menjadi budaya baru dan akan melarat tidak lama lagi.
Dalam bulan Ramadan yang lalu seorang lagi Menteri, yang namanya Hasan Malek
memberitahu rakyat jika harga ayam mahal, jangan makan ayam. Beberapa minggu
lalu seorang lagi Menteri, Wahid Omar, berkata kalau tol mahal gunakan jalan
alternatif, jangan guna lebuhraya.
Inilah dia contoh-contoh setara
mana nilai dan kualiti Menteri-Menteri sekarang ini. ‘Political language’
mereka tidak langsung melambangkan mereka adalah ‘material’ sebagai seorang
pemimpin, yang layak nya duduk di tepi jalan atau dalam hutan sahaja dan
bercakap seorang diri jika terlalu gian untuk bercakap.
Sekarang ini apa pula akan
dikatakan oleh Hasan Malek dengan rungutan orang ramai yang harga barangan yang
menjadi isu Kementeriannya sekarang ini terlalu mahal. Dua hari lepas saya ada
terdengar beliau meminta orang ramai jangan merungut dan terima sahaja hakikat
yang barang akan naik mengikut masanya.
Saya percaya jika orang ramai
masih merungut kerana persediaan anak sekolah terlalu tinggi, mungkin beliau akan
meminta mereka itu jangan hantar anak ke sekolah pula. Yang penting bagi
pemimpin sekarang jangan bersungut, kerana mereka sangat rimas mendengar rakyat
bersungut sebab mereka tidak tahu cara menjawab persoalan rakyat itu.
Sesungguhnya rakyat yang
menghalau mereka lari keluar negara kerana mereka tidak tahu memimpin negara.
Sebenarnya mereka yang tidak berguna kepada negara, kerana mereka hanya menjadi
beban kepada kita semua. Memangnya satu hakikat pimpinan yang lemah itu adalah
beban kepada negara. itulah bebanan rakyat sebenarnya.
Ada pula pemimpin itu sudahlah menjadi beban
kepada negara, ahli
keluarga mereka pun dibawanya bersama untuk membebankan kita rakyat ini. Setengah
pemimpin, isterinya menjadi beban kepada negara, ada pemimpin wanita suaminya
menjadi beban kepada negara dan yang lain-lain pula anak-anak dan ipar duainya
menjadi beban kepada rakyat serta negara.
Sepatutnya pemimpin yang memikul
beban untuk menjaga negara dan rakyat, tetapi apa yang berlaku sekarang mereka
pula yang membebankan rakyat dan negara. Bukti terpampang di depan mata yang
menunjukkan pemimpin-pemimpin membebankan rakyat masih lagi ramai yang tidak
faham dan merasakannya.
Malapetaka yang dihadapi oleh
rakyat seperti banjir dan bah di Kuantan dan tempat-tempat lain itu adalah
hasil dari bebanan yang dihempapkan kepada kita oleh pemimpin yang kita berikan
mandat dalam setiap pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Bah dan banjir di Kuantan
baru-baru ini adalah disebabkan oleh limpahan air yang sudah tidak tertakung
lagi oleh baki dan saki baki hutan dan pokok-pokok balak yang ditebang tanpa
had.
Pemimpin-pemimpin kita telah menebang
dan membersihkan balak-balak dan hutan yang telah menakung limpahan air. Tuhan
telah menjadikan hutan dan rimba serta pokok-pokok dan pohon-pohon dan bukit
bukau itu untuk menjadi pasak kepada bumi ini. Apabila ditebang dan dibotakkan
hutan belantara itu maka air yang turun melalui hujan atau yang tersedia ada
tertakung itu akan mengalir ke tanah rendah, maka banjirlah Kuantan dan
tempat-tempat yang lain.
Apabila sampai ketahap ini masih
tidak belajar lagi kah yang kesemua bencana ini berlaku adalah disebabkan oleh
manusia yang nmempunyai pemimpin. Jika pemimpin dan sesiapa yang berkuasa tidak
prihatin dan menebang semua penakung-penakung dan tadahan air ini, maka banjir
akan menjadi ‘acara’ tahunan di tempat-tempat yang terlibat.
Maka masalah-masalah yang
berkaitan dengan banjir ini adalah disebabkan oleh kerakusan pihak yang
berkuasa dan berpengaruh mendapatkan wang ringgit secara mudah dengan banyak
melalui penebangan hutan belantara ini. Mereka menggunakan wang mudah melalui
hutan dan belantara ini dengan tidak memikirkan apa yang akan mereka wariskan
kepada generasi mereka yang akan datang. Wang yang didapati dengan mudah inilah
yang dibelanjakan di kasino-kasino besar didunia ini serta berbelanja untuk
membeli belah barangan yang mahal-mahal untuk hidup dalam ‘glamour’ itu.
Sesungguhnya rakyat menghadapi
masalah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Kini rakyat terpaksa
meminta projek tambatan banjir dengan kos yang begitu tinggi merata-rata di negara
ini. Selalunya mereka yang akan dapat kontrak-kontrak besar ini adalah
dikalangan mereka yang menebang hutan belantara tadi juga. Mereka adalah ‘rent
seekers’ yang hampir dengan kuasa.
Pendeknya yang memberi masalah itu adalah pemimpin dan yang menggunakan kesempatan untuk mendapatkan kontrak besar ini juga adalah di kalangan mereka juga.
Pendeknya yang memberi masalah itu adalah pemimpin dan yang menggunakan kesempatan untuk mendapatkan kontrak besar ini juga adalah di kalangan mereka juga.
Pemimpin dan kroni mereka
membelasah rakyat dari kiri dan kanan dan dalam proses ini mereka juga yang
akan mendapat laba besar darinya.
Itu sebabnya saya selalu berkata
rakyat yang lurus dan bersih jiwanya dan di sertai dengan sifat ‘naive’ mereka
telah menjadi modal kumpulan pemimpin dan yang berkuasa untuk memperniagakan
rakyat yang ramai-ramai ini.
Itulah sebabnya mereka tidak akan
melepaskan jawatan-jawatan yang memberikan mereka kemudahan dan keistimewaan
untuk memperniagakan rakyat buat selama-lamanya. Rakyat itu adalah modal
perniagaan mereka sahaja.
Apabila rakyat sedar dan mahu
memberontak kerana kejahilan kepimpinan ini, maka rakyat pula dipersalahkan dan
dianggap sebagai petualang kepada negara pula. Hanya rakyat lurus itu sahaja
yang bersalah, ‘penyamun’ tidak pernah bersalah di negara ini.
Ada pihak yang berusaha untuk mengambil alih
kepimpinan kerajaan kini, melalui parti yang ditubuhkannya, tetapi kumpulan ini
juga adalah dari kumpulan yang sama suatu ketika dahulu. Masakan mereka ini boleh
menjadi penyelamat kepada negara dan rakyat ini.
Sesungguhnya semua pemimpin di kedua-dua
belah pihak ini memberikan masalah besar dan terus-terusan menjadi beban kepada
kehidupan rakyat, empunya negara ini yang hakiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan